Thursday 22 December 2011

Day 3 - JAPAN Part I ~ Lost ~


Hari ni hari ke tiga dah dekat negara matahari terbit ni. Sepatutnya hari ni kitorang ke Hakone untuk melihat Mount Fuji. Tapi bila temgok ramalan cuaca , mendung dan hujan di Hakone , kami tangguh dulu. Plan B ,  kitorang nak ke Sunshine City kat Ikebukuro . Kat dalam tu  ada akuarium , ingat nak bawa Alya ke akuarium dan juga kat situ ada patung ultraman  besar , nak bawak dia bergambar kat situ je lah cadangnya.
Kitorang keluar dah pukul 12 lebih lepas makan tengahari. 

        Nilah lunch  kitorang hari ni  , lemang segera , roti , sardin , sambal ikan bilis dan nasi .Sepanjang kat sini makanan ni semua dah cukup sedap rasanya  lagi-lagi tak tahu mana nak cari kedai makan halal di area Ikebukuro ni .
     Selalunya kitorang nak jalan tunggu anak-anak bangun tidur dulu , Amsyar ni ok, pukul 5 pagi dah bangun dah , tapi Alya pukul 10 @ 11 baru bangun . Nilah cabaran bila berjalan dengan anak-anak , pastikan  diorang selesa dulu  takut nanti  diorang meragam je bila dah berjalan nanti .
     Sebelum ke Sunshine city tu , ingat nak singgah kat kedai halal yang berdekatan,, Am Trading . Kedai ni pun baru malam tadi hb search  kat intenet sebab kesian dekat Alya asyik makan roti je . Kat kedai halal tu ada jual ayam , so cadangnya nak beli ayam , boleh lah goreng dan makan dengan nasi nanti . Lama hb study guna google map, dia cakap dekat je . Bila nak ke mana-mana kami guna google map  je sebab takut sesat .

~peace~
      Kami pun keluar dari  guest house tu dengan harapan dekat kedai halal tu adalah jual ayam goreng ke seketul dua hahaha.....

Berpandukan map yang hb lukis , memang senang nak cari . So bila dah sampai kat kawasan yang kami cari . Tak jumpa pulak kedai halal tu . Yang kelihatan cuma rumah flat , so kami pusing-pusing area situ ..dan lama gak mencari-cari .. sampai dah frust dah , Banyak kali tanya orang tapi sebab address tu bukan dalam bahasa Jepun , susah diorang nak tolong.Kat tempat kami sesat tu ada taman sebenarnya, tapi tak berani nak lepak situ sebab ramai pasangan yang tengah buat aktiviti yang tak sesuai anak aku tengok hahaha... lagi pun ada yang mabuk-mabuk kat situ..:(
dalam nilah Am Trading
.. Bila macam dah mati akal dah , hb suruh tunggu kami tunggu dekat cafe dekat depan taman tu dan dia nak masuk tengok area rumah flat tu . Laa..rupa-rupanya kedai tu ialah rumah orang. 
entrance
 So kami naik atas dan berkenalanlah dengan orang bangladesh yang dah berbelas-belas tahun menginap kat situ.



      Lama kami bersembang-sembang dengan Masur dan Aziz kat situ . Kat dalam kedai tu ada jual ayam beku, capati , sosej dan rempah-rempah dan magggi pun ada gak. So kami beli dua ekor ayam beku , garam dan kunyit ..total semua RM 40 . Pas tu Masur turun bawah dan belikan roti untuk Alya dan Amsyar .

macam-macam ada
Ada juga barang-barang seperti chapatti, sosej dan nugget dijual di situ .

  Masa tengah syok bersembang tu , aku tanyakan Masur pasal restoran halal di Ikebukuro. Dia sebut restoran Marhabaa, aku rasa macam pernah terbaca pasal restoran ni dan minta dia lukiskan map nak ke sana. Tiba-tiba dia cakap, dia akan tunjukkan jalan ke sana.


View dari Am Trading

              Dengan hati yang berbunga…aku  happy sangat bila dia nak tunjuk jalan ke restoran tu . They’re sooooo kind sebab sanggup tutup kedai semata-mata nak guide kami pergi ke Marhabaa..masa tu terbayang-bayang dah nasi beriani depan mata since dari arrival kami memang tak sentuh nasik langsung... hahaha...
So kitorang keluar dari kedai tu dan Mashur bawa kami ke kedai untuk beli  minyak , telur , coklat , nasi dan juga makanan  kat pasaraya LABI .
tengok hujung bangunan belah atas yang tulisan merah biru - LABI

         Kat situ ada jual nasi dalam pack .Cuma panaskan je..kat pasaraya LABI ni ni barang-barang  memang murah kalau nak compare dengan tempat lain. Contohnya nasi dalam pack kat bawah ni , ada dijual kat kedai 100 yen , 1 paket 100 yen = RM 4 . Tapi kat sini , 3 paket cuma 7 ringgit lebih je.
nasi ni cuma panaskan je guna oven




penuh dengan makanan Alya je 

Moles market

 Lepas tu kami terus singgah pula di Moles Market . Kat sini buah-buahan dan telur murah. 88 yen je harga untuk 1 paket telur kat sini . Kemudian, kami singgah pula kat kedai 100 yen dan kat kedai apa ntah namanya..lupalah..menurut si Masur ..nilah antara kedai yang murah kalau kita nak beli barang. 

     Kemudian , kami teruskan perjalanan ke Marhabaa.. jauh juga kami berjalan malam tu , bila keluar je dari terowong.. ntah dari mana orang ramai datang dan tiba-tiba hb hilang dari pandangan ku.. Masa tu Alya terlalu asyik sangat tengok train so..kami macm terleka jap..
train malam

Puas aku cari kelibat hb , tapi bayangnya pung tak nampak , orang makin ramai , bila tengok jam..
   ' ahh..no..!! rush hour '
So diorang semua baru keluar dari train station. , obviously most of them wearing black coat ,since hb aku pon berkot hitam, aku ingat kan hb aku ke kanan , rupa nye silap orang daaa…nasib baik aku tak tegur orang, kang die kate aku ni gila pulak…haha.. 
Aku  dah cuak sebab takut kami sesat di celahan orang ramai....
 ' so, apa aku nak buat ni..' 
........bersambung..:)



11 comments:

  1. mcm2 benda ye jual dlm kedai 100yen ni? patutla ada org cakap kedai mcm 7e kat sana lagi mahal, elok beli je sume benda dlm kedai 100yen..ada gmbr signboard kedai tu tak?

    ReplyDelete
  2. Dulu saya dapat naik bangunan Sunshine City sampai ke tingkat 60 (dibuka kpd orang awam) utk melihat pemandangan kota Tokyo.

    ReplyDelete
  3. Weh ko punye entry Day 2, dah abis ke? apa aktivitinye?

    Bersungguh2 korang cari makanan yek hahahaha...

    ReplyDelete
  4. kalu nak makanan halal bole cari dkt area stasion shin-okubo..kat situ ada restoran halal thai ngan indonesia..mcm2 barang jgk ada jual kat situ..kedai runcit org islam..surau pun ada dkat atas bangunan situ..

    ReplyDelete
  5. fatt- ada , banyak kedai 100 yen , daiso pong 100 yen gak ..gambar , next entry k..

    ReplyDelete
  6. fatt- ada , banyak kedai 100 yen , daiso pong 100 yen gak ..gambar , next entry k..

    ReplyDelete
  7. Mie , tak sempat naik sbb mlm ni dan nak blik M'sia :)

    ReplyDelete
  8. Salam sis. Ada full address tak kedai halal jual bahan2 mentah tu?? Sy & suami nak gi jepun bulan depan. Tak larat rasanya dok mkn luar saja coz mahal. So ingat nak masak sendiri.

    ReplyDelete
  9. Hari tu hubby yang cari address tu , nanti wa cuba tanyakan kot2 dia ada simpan lagi

    ReplyDelete
  10. Baru perasan...alamat AM Trading..ada dalam gambar kat atas tu...:)

    ReplyDelete
  11. Hehehe...sronok baca pengalaman sis ni. ..sy pun belum pernah smpi Ikebukuro lagi..sebelum back for good la agaknya nanti. Kalau bermusafir mcm ni, ingat ALLAH selalu...kalau dlm kesusahan..InshaALLAH, akan ada jalan..macam lagu Maher Zain tu la...hehehe done follow sini. :)

    ReplyDelete