Tuesday 17 April 2012

More snowwww and snoww and snowww :)

  ni ialah gambar favourite aku :)
        Entry sebelum ni, boleh baca  sini  k . Sebenarnya aku kecut perut gak, tapi sempat gak aku snap gambar sekeping 2 masa tu. Alya pun pelik bile tengok orang ramai kat kereta kami. Tiba-tiba ada sorang tu , mungkin ketua diorang kot, mintak voucher hotel.. .
           ‘Woiiiii  !!! Ingat kitorang tipu ke?????  Aku jerittt……………………..
dalam hati jelah hik..hik..hik..
Tapi aku memang rasa nak lempang je diorang ni disebabkan kekurangan ajar diorang tu. Kalau ye nak pau orang agak-agaklah, tengoklah…aku kan bawa anak kecik. Eeeeee……..memang bengang betul masa tu . Masa tu ada lagi beberapa kereta kena tahan macam kitorang.
      Memandangkan banyak lagi kereta yang stop kat situ dan diorang tak nak hilang pulak customer tu , terus dia  mintak duit  50rupee ,  Hampehhhhh betul lah, kalau nak 100 rupee pun dari tadi aku boleh bagi, tak yahlah nak tahan kitoraang sampai macam tu sekali. Oh ye 50 rupee tu dalam 3 ringgit lebih je..hahahaha… . Pas tu salah sorang dari mereka , ikut naik kereta kitorang sekali sampai dalam. Kenapa ek ? aku pun tak tau, dia masih tak percaya kot yang kitorang ni nak bermalam kat resort tu. Tapi yang peliknya kereta2 yang bawa mat saleh tak pulak diorang tahan.….
        Bila masuk je are dalam tu..memang salji tersangatlah tebalnya. Masa tu kami nampaklah ramai pelancong tengah naik sledge tu, dah kitorang siap gelak lagi masa tu , dah tua-tua pun kena paksa naik sledge tu ( jahat ek kitorang gelak kat diorang , tapi yang sebenarnya,,,jeng..jeng..jeng… baca sampai habis k… ) , dalam hati aku, mampus aku tak nak naik mende ni. Tengok je dah macam terseksa je.
        Dari dalam jeep tu part paling best aku tengok,  ada orang tengah bersihkan salji dari atas bumbung.Rasa macam nak gi tolong je diorang tu :)

view masa mula-mula masuk..
      Kemudian jeep tu dropkan kitorang jauh gak dari resort sebab dah tak boleh nak gi dekat sebab salji tebal.Isk..cam mana nak bawak ni , beg lagi , budak2 ni lagi , dahlah jalan licin.Tapi kebimbangan aku tak lama pong.Bila turun je jeep ramai tolong angkat barang dan nak tolong bawak budak-budak sekali. Bukan free tau, macam biasalah..sini semuanya tips. Tulah cara orang tempatan nak dapat duit.
           Sampai je resort , ada 3 orang staff dah tunggu nak bawa beg .Dalam hati aku , ni dah tentu kena bagi tips lagi ni. Kadang2 bila geram bila diorang asyik mintak tips je, bagi je 20 rupee pas tu blah. Boleh sakit jiwa dok sini bila diorang asyik mintak tips je .Tapi kalau diingat-ingatkan balik ,kelakar pun ada gak .
            Lepas check in je , kami terus turun ke restoran  untuk lunch. Bestttt…makanan yang tak sedap pun jadi sedap sebab pemandangan kat luar tu memang superb. Penuh salji.. :)  . Oh ya, kat sini makanan memang halal dan harga makan kat resort ni taklah mahal sangat , berpatutan . Kat Kashmir ni tak susah nak cari makanan halal sebab hampir 80 peratus orang kat sini ialah Islam. 
             Sebenarnya bila mula sampai kat sini aku rasa macam sesak nafas je, bila tanya huby dia cakap dia pun rasa macam tu. Aku risaukan budak-budak ni kot-kot diorang pun ada rasa macam tu, tapi aku tengok budak2 ni happy semacam je. Tapi bila lama2 rasa sesak nafas tu hilang sendiri.
             Bila dah makan , rest dan solat , kami terus turun ke bawah untuk jumpa tour guide kitorang , Mr Marma . Oh ya bila sampai kat sini , seelok-eloknya kena ambil tour guide , memang dah peraturan macam tu , kalau tak nanti korang kena follow dan paksa dan juga kena tipu nanti. Charge untuk tour guide kat sini 600 rupee , untuk one day tour.  Hari tu kitorang bayar kat dia dalam 2400 rupee dalam RM 140.Tu harga untuk  tiket gondola 2 orang  , harga tour , dan juga harga untuk jaga budak-budak ni . Means,  sepanjang aktiviti diorang akan dukungla Alya n Amsyar.Besttt jugak cam tu , lagipun aku rasa susah nak dukung budak2 ni nanti.
my lovee....
            Dari resort kami terus ke Stesen gondola untuk main ski . Sepanjang perjalanan ke stesen gondola aku masih lagi gelakkan orang  yang  naik sledge tu .Tu semua kena paksa tu :(

     Mr marma tu bawa kami naik gondola sampai  stage 1 , sebenarnya, yang aku perasan setiap pelancong yang datang ke Gulmarg ni memang ditemani oleh tour guide tempatan.Tiket pun guide ni akan belikan untuk kita. 
     Masa naik gondola tu , tiba-tiba salji turun , dan part yang best lagi cermin gondola yang aku naik tu  dah pecah kat tepi, dan salji-salji yang  turun tu masuk dalam gondola yang kami naik dan jatuh atas muka Alya dan Amsyar yang tidur masa tu. Aku memang happy sangat-sangat masa ni hehehe…














gambar dari dalam gondola, agak clear sebab amik kat celah cermin yang pecah tu.
menurut guide tu , ni ialah atap rumah orang sebenarnya, masa winter diorang berpindah , bila summer diorang akan balik sini , dan masa tu kat bawah ni area ni jadi area resort untuk musim pasas, dan penuh dengan bunga2 liar dan rumput yang menghijau..mesti lawaaaa kan

          Pemandangan kat bawah tu , memang penuh dengan salji . Kalau sebelum ni aku tengok dalam gambar dan video je, kali ni aku dapat tengok dengan mata aku sendiri. Masa tu aku bersyukur sangat-sangat sebab hajat aku nak main salji tertunai sudah. 
          Bila sampai kat atas, salji makin lebat turun , lagilah kitorang yang jakun tak pernah merasa salji ni excited sangat-sangat. Bayangkan kat atas tu gunung ganang penuh dengan salji , memang indah sangat ciptaan ilahi ni .


    Masa kat atas tu , kami dihampiri oleh ski guide , huby cakap..
                      ‘  No..no..no…., I don’t want , I will fall ‘
Dia pulak cakap . ,
                  '  No..no.no.. u don’t worry sir , I will teach you ..
Kat atas tu penuh dengan pelancong  tengah belajar main ski , tua , muda , budak-budak dan baby pun ada kat atas tu . So dalam hati aku , why not?? Pengalaman sekali seumur hidup.
Ni gondola nak ke stage 2. Gondola paling tinggi didunia.
      Belum kitorang cakap setuju lagi dia dah dukung Alya dah berski ke bawah. Aku punyalah risau masa tu takut Alya jatuh. Apalah aku ni , dia tu kan juruski professional . Kemudian dia  bawa kitorang ke bawah skit , aku tengok orang lain main kat atas je, ni dah ok sangat ni, sbb kami ke tempat yang tak de orang. Mula-mula dia bawak Alya dulu naik basikal ski ke apa namanya. Lepas tu turn huby aku.. aku just tengok je sambil ambil video ,  hik..hik..hik.. sebenarnya , agak susah nak main ski ni , lagi2 first timer macam kitorang ni. Dan masa kitorang belajar main ski tu , masa tu penuh dengan gelak ketawa kitorang je, sebab asyik jatuh terlentang je. 


      Aku rasa nilah pengalaman yang amat berharga dan takkan aku lupakan sampai bila2. Dan yang paling best lagi aku disini bersama orang-orang  yang amat bermakna dalam hidup aku.Dan Amsyar pun main ski jugak hehehe…pelik je muka dia bia ski gide tu bawa dia naik basikal ski tu.

Bila nak balik ,  ski guide tu minta 900 sebagai bayaran dia ajar kitorang main ski. Tapi aku just bagi 600 je. Sebenarnya bayaran kat sini dalam 600 , atau 500 rupee je, atau korang boleh nego lagi murah oklah.
Dan tu tak termasuk tips ya. Kat sini perkataan yang korang akan sentiasa dengar ialah
          “ Are you happy sir ?...Now you make me happy “ 
Time diorang nak tips je , tulah kata2 magik yang diorang sebut. Sehari ada 10x aku dengar ucapan keramat ni,Ishhh,,ishh,,ishhh….
Bila sampai masa nak turun.. rasa macam tak nak turun je, nak duk atas tu lama-lama..memang tak puas tengok pemandangan pokok2 pine yang dilitupi salji berlatar belakangkan gunung ganang yang teramat indah. Rasa macam mimpi pun ada gak..

  restoran 
Kami turun dari stesen gondola dengan senyuman yang terukir manis dibibir hehehhe..ingatkan pengalaman kelakar bila main ski tadi.Dan beberapa kali jugak aku jatuh terlentang atas salji sebab tak berhati-hati , bukan sakit tapi kelakar pulak rasanya . Honestly hari tulah ,  aku ngan huby asyik ketawa je  sampai sakit perut. 



          Bila sampai je kat bawah ada tiga orang kawan Mr Marmar sedang menunggu bersama sledge yang menjadi mimpi ngeri aku sejak masuk ke Gulmarg ni.Wahahahaha…now,show time!!!!!!!!!

bersambung..:)

24 comments:

  1. Anum,memang best, pengalaman yang tak dapat ditukar dengan emas dan berlian..hehehe

    ReplyDelete
  2. masyaAllah seronoknya tengok...
    tak sabar nya nak sampai sana
    harap2 guide boleh tolong handle masa kena paksa naik sledge tu sebab kami x plan nak tidur di gulmarg
    kalau tak, terpaksa la naik sledge jugak..huhuhu

    ReplyDelete
  3. waaaaa boley rasa sejuk tue
    nasib baik now dah spring....tunggu sthn lagik sejuk balik uwaaaa

    ReplyDelete
  4. Subhanallah...cantiknye...sume pic cantik2 sgt...

    ReplyDelete
  5. bestkan! tahan sejuk wa sefamily. hihi.. kat sini pun ada mcm rumah tu jugk, bila winter tuan rumah pindah, summer diorg dtg balik duduk situ. mcm kelakar pulak bila fikir. hehe..

    ReplyDelete
  6. wahhh.... salji di mana2x.... seronok main salji ni....

    ReplyDelete
  7. owh yuk chan... pengalaman yg best, gambar pun cantik2... i likeee... bagus ye anak2 tahan sejuk, anak buah dtg hari tu bulan 3 sejuk spring pun dah tak tahan sian dia...

    ReplyDelete
  8. wira, cerita belum abis..kena baca sampai abis k..:)

    ReplyDelete
  9. huhu...teringat bersnowboarding kt cni masa winter... tp xde sape2 ajar...sewa dan main sendiri...

    ReplyDelete
  10. subhanallah....seronoknye sis...cantik betul suasana tu...bertuah sis dpt rasai sendiri pengalaman snow di negara org.....bile laa dpt peluang pegang snow betul nie.....cantik2 sume gambar sis...terpukau lieya tgk hah....

    ReplyDelete
  11. sangat teruja membacanya.. satu percutian yang amat menarik... semoga ada peluang untuk kami sekeluarga...

    ReplyDelete
  12. salam kenal Wa,
    x smpt baca sempat ushar gambar je..bestnya snow..

    ReplyDelete
  13. Salam Wa, wah...cantik betol gambar2 bersnow nih...Wa memang suka jalan2 time snow ye..? Sbb kebanyakan trip saya baca, semua waktu winter...

    ReplyDelete
  14. wahh byk juga salji kat sana tu yer..lebih kurang mcm kat Finland ni jugalah.kat sini baru jer abis salji dah nak masuk musim bunga pula.

    ReplyDelete
  15. FnF Simple Life Kak, kat sana semua kena paksa hehehe…tapi bagus jugak , kalau tak tak merasa kan .

    lieyalatif , wa doakan satu hari nanti insyaalah, wa dulu pun mula dengan angan-angan jugak .

    ReplyDelete
  16. salam wa...bertahun2 x jumpa..tetiba jumpa blog wa nie..bestnyer leh jln2...x jumpa aamir khan ker...kih..kih..buku skrap rashid sdek dulu ada lg ker wa?? tringt kisah lama ler plak..hehe

    ReplyDelete
  17. Farikicha, wa boleh jalan time cuti sekolah je..so kena elak time summer, tu yang jalan cuti panjang bulan 12 je..:)

    ReplyDelete
  18. Da...laaa bestnyaaaaaaaa jumpa Da..nanti keep in touch tau.

    ReplyDelete
  19. huwaaaaaa!!! jelessssssnyaaaaaa!! dah la saya simpan hajat nak gi Kashmir...tgk gambar2 ni rasa bagai jantung dirobek2 je....huhu...


    p/s: salam my dear..tengs drop by my blog n following mine, dtg sini nak follow balik...

    nice blog!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahida, insyaalah, nanti satu hari akan sampai ke kashmir tu:-)

      Delete
  20. i miss kashmir so much! i hv been there back in 2007... sy kalo pi india i mmg nak repeat kashmir je.. Sis, kat sne mmg kna paksa naik sledge tu, sy ni lagi la badan comel 2 org kna tarik and tolak.. so kna byr tips lebih.. :( but kalo pk balik kesian jugak.. most of the local dpt kerja time winter je.. like seasonal job la kan... xpela... sy pun duduk di houseboat di Dal Lake, sy tanye org yg serve kami tu gaji die just 300 rupee at tht time.. kesian kan...

    ReplyDelete
  21. salam encik

    ade fb atau email?sy nk tye pasal tiket..sy xbrapa faham sbb baca mcm byk kena beli tiket flight..igt nak p bulan november ni..psl tiket je ni xbrapa faham.haarap dpt membantu .. :)

    ReplyDelete
  22. wsalam...saya puan..bukan eencik :) Kena beli tiket dari delhi ke srinagar . Means Tiket flight tu KL - Delhi ..dari Delhi kena ambil local flight ke Srinagar. Bagi emeil awak..nanti saya bagi no phone..saya jarang bukak email

    ReplyDelete