Assalamualaikum wbt, sementara aku tengah rajin ni , aku sambung lagi cerita kat Kashmir yang teramatt indah ni.:) . Cerita sebelum ni baca sini k.
Selepas kami berehat dan dijamu dengan makanan ringan, tibalah part yang paling mengecutkan perut , hati dan perasan aku . Time nak deal ngan Sheikh Ahad.Sambil aku suapkan Amsyar makan, huby pula deal dengan Sheikh Ahad, aku cuma pasang telinga je , tapi dalam hati berdebar nak mampusss.
Sebenarnya kami request nak bermalam di houseboat 2 malam sementara semalam lagi , memang plan nak tidur kat Gulmarg Resort. Selalunya kalau pelancung datang ke Gulmarg, diorang akan balik hari je, tapi sebab aku rasa bila bawak budak, aku perlukan tempat untuk budak-budak ni rehat, so kami plan nak tido kat sana je. Selain itu , kami just nak transport dan driver je sepanjang berada di Delhi , Agra dan Jaipur . Hotel semua aku dah booking siap-siap. Selain tu huby request nak kereta yang selesa sebab kami nak jalan jauh dan bawak budak kecik jadi biarlah selesa sikit.
Bila dah terangkan kat Sheikh, dia terus call anak dia yang berada di Delhi. Aku lagilah berdebar-debar. Lepas tu , dia explain satu-satu kat huby, dan total semua 46000 rupee, bersamaan RM 2700..wallaaa, aku tergamam jap, alamak..lagi mahal dari yang aku deal dengan Sarita hari tu.
Lepas tu tiba-tiba aku dengar huby aku cakap ngan dia , yang total semua ialah 35000 rupee je bukannya 46000 rupee . Means RM 2070 je termasuk dengan Shikara Ride . Hahhhh!!! aku terus bangun dan duduk sebelah huby dan nak comfirmkan apa yang aku dengar tu betul. Rupanya Sheikh tersalah kira . Aku legaaaa sangat-sangat .Bagi aku dah murah sangat dah harga ni . Alhamdulillah.. bonus lagi kami ni dianggap macam family sendiri oleh Sheikh Ahad dan keluarganya.Selamat duit shopping aku hahaha...RM 700 tu macam-macam boleh beli kat India ni. :)
Tak lama lepas tu , anak Sheikh , Nisar pula datang dengan Mansur. Mansur ni kata huby muka mirip Shah Rukh Khan hik hik hik....Nisar pulak macam tergamam tengok Alya, katanya muka mirip anak perempuan dia, sama macam Sheikh Ahad cakap bila first time jumpa Alya. Nisar ni sangat peramah orangnya. Aku suka bersembang dengan dia sebab dia ni berpandangan jauh . Lagi satu dia ni kelakar dan sepanjang kat sana dialah yang layan Alya dan Amsyar. Thanks Nisar !.
Keluarga kami di Kashmir
Sepatutnya petang ni kami ambil Shikara Ride , tapi sebab cuaca terlalu sejuk, takut pula budak-budak ni tak tahan , jadi kami just lepak-lepak kat luar menikmati pemandangan yang teramaaatttt indahhhhnya . Honestly..I miss Kashmir !!
View dari Shikara
Keesokan harinya, selepas sarapan , kami terus ke Jeti
menaiki Shikara dimana driver telah menunggu dan akan membawa kami ke Gulmarg.
Wahhhhh…..kali ni kami betul-betul akan ke tempat bersalji tebal.Rasa
macam mimpi je..tapi hehehe…mimpi akan jadi kenyataan , oklah tu. Perjalanan ke
Gulmarg mengambil masa sejam lebih.Pemandangan dikiri kanan jalan memang amat
mengasikkan. Lagi-lagilah gunung-ganang bersalji menambahkan lagi keindahan
alam.
klasik kan view macam ni
Kami sampai ke Tanmarg pukul 12 lebih. Driver kali ni tak best sangat, tanya sepatah jawab sepatah,
last2 kami pun malas nak cakap ngan dia hahahaha.
Bila sampai je ke Tanmarg ,
kena tukar kereta , alasan mereka, salji tebal , kena naik kereta yang
disediakan di Tanmarg, means driver pun tukar sekali.
Perjalanan dari
Tanmarg ke Gulmarg ni bersimpang siur , jalan tak berapa elok , tapi masa tu
aku pun tak kisah dah sebab kiri kanan penuh salji tebal.
Masa tu kelu rasa lidah ni. Jakun, tak pernah tengok salji tebal macam tu. :).
kiri kanan salji
Bila dah sampai kat atas tu, nak masuk je gate resort tu,
kereta kami kena tahan dengan orang tempatan. Walaupun diorang cakap hindi,
tapi aku dah boleh agak dah apa diorang nak. Dia suruh driver tu turunkan kami
kat situ , dan kami kena naik sledge tu untuk ke resort.
Gila ke apa diorang ni .
Driver tu seboleh-bolehnya explain yang kami
ni bermalam kat situ. Dia tunjuk beg-beg dan ada budak kecik dalam kereta tu.
Tapi diorang macam paksa gan driver tu suruh drop kitorang kat situ je . Makin lama makin ramai dah kerumun
kereta kitorang, Cakap pun dalam nada marah-marah. Aku cuak gak masa tu.
Diorang ni muka pulak ala-ala gangster. Dia suruh driver tu gostankan kereta
dan suruh driver tu turun. Aku tengok masa tu cara diorang cakap pun macam nak
bergaduh.Waaaaaa……takkanlah kot sampai macam ni sekali diorang nak duit.
Kitorang ni dahlah beg banyak, ada budak
kecik pulak tu.
Lama jugak kami tersadai kat situ. Nampaknya macam
masing-masing tak nak mengalah. Driver tu tak nak turukkan kitorang kat
situ,dan orang-orang yang berlagak ala-ala gangster tu makin agresif…
bersambung lagi :)
ala wa..tak sabar ni nak tau smabungan kisah tu..gaduh ke?takkan la kot..tapi,serius best betul baca kisah cuti2 kashmir ni..
ReplyDeletecantek... perhaps one day i get to visit this beautiful place. kekadang silent reader :)
ReplyDeleteseyes cantek...dgn cerita yg ala2 suspen gitu...
ReplyDeleteaish.. suspender dah ni. hihi..
ReplyDeleteHello Wa, I really love the pics you posted here.
ReplyDeleteI've always wanted to visit Kashmir, but no chance yet.
Its a beautiful country too....
And seeing your well taken pics confirms it.
Have fun and keep a song in your heart.
Lee.
dgr sini orang2 nye friendly.. tp ade plak kes mcm ni..
ReplyDeletesalam kenal dari kami sekeluarga... wah seronok tengok pemandangan kat kashmir ni... nak tunggu yg selanjutnya juga...
ReplyDeletesalam wa, sy trpaksa privatekan blog atas sbb yg tak dpt dielakkan. nnt email kat sy your blogger email, bole sy invite kay :)
ReplyDeletemy email : fauzana_28@yahoo.com
salam perkenalan
ReplyDeletecantiknya gambar2
memang best yerk... husband akak dah gi tahun 90-an dulu.. dia cakap memang cantik sesangat tapi kerajaan dia tak jaga sangat... banyak yang terbiar tapi sebab tempattu memang cantik ...
ReplyDeleteteringin nak gi weh...
cantik. besnyer tgk salji.
ReplyDeletesaspen pulak entri kali ni. tak sabar nak tahu kisah selanjutnya....
AA dah tak ke Delhi lagi... huhu
ReplyDeletesalam puan, cpt sambung...excited ni
ReplyDeleteuntung betul anak anak tu, kecik kecik dah merata berjalan, me tunggu umur 21 tahun baru merasa tenguk dunia luar malaysia :)
ReplyDeleteCantiknya Gulmarg dalam lensamu...
ReplyDeleteSalam perkenalan Wa...terima kasih kerana sudi mengikuti blog Nota Kembara saya....
akak tak ke Gulmarg.. Rasa cam malas lepas ke Sonmarg.
ReplyDeleteSalam Perkenalan..
ReplyDeleteCantiknya gambar2 dlm entri ni..
Seronoknya main salji..