ni ialah gambar favourite aku :)
Entry sebelum ni, boleh baca sini k . Sebenarnya aku kecut perut gak, tapi sempat gak aku snap
gambar sekeping 2 masa tu. Alya pun pelik bile tengok orang ramai kat kereta
kami. Tiba-tiba ada sorang tu , mungkin ketua diorang kot, mintak voucher
hotel.. .
‘Woiiiii !!! Ingat kitorang tipu ke????? Aku jerittt……………………..
dalam hati jelah
hik..hik..hik..
Tapi aku memang rasa nak lempang je diorang ni disebabkan
kekurangan ajar diorang tu. Kalau ye nak pau orang agak-agaklah, tengoklah…aku kan bawa anak kecik.
Eeeeee……..memang bengang betul masa tu . Masa tu ada lagi beberapa kereta
kena tahan macam kitorang.
Memandangkan banyak lagi kereta yang stop kat situ dan diorang tak nak hilang pulak customer tu , terus
dia mintak duit 50rupee , Hampehhhhh betul lah, kalau nak 100 rupee pun
dari tadi aku boleh bagi, tak yahlah nak tahan kitoraang sampai macam tu
sekali. Oh ye 50 rupee tu dalam 3 ringgit lebih je..hahahaha… . Pas tu salah
sorang dari mereka , ikut naik kereta kitorang sekali sampai dalam. Kenapa ek ?
aku pun tak tau, dia masih tak percaya kot yang kitorang ni nak bermalam kat
resort tu. Tapi yang peliknya kereta2 yang bawa mat saleh tak pulak diorang
tahan.….
Bila masuk je are dalam tu..memang salji tersangatlah
tebalnya. Masa tu kami nampaklah ramai pelancong tengah naik sledge tu, dah
kitorang siap gelak lagi masa tu , dah tua-tua pun kena paksa naik sledge tu (
jahat ek kitorang gelak kat diorang , tapi yang sebenarnya,,,jeng..jeng..jeng…
baca sampai habis k… ) , dalam hati aku, mampus aku tak nak naik mende ni.
Tengok je dah macam terseksa je.
Dari dalam jeep tu part paling best aku tengok, ada orang tengah bersihkan salji dari atas
bumbung.Rasa macam nak gi tolong je diorang tu :)
view masa mula-mula masuk..
Kemudian jeep tu dropkan kitorang jauh gak dari resort sebab dah tak
boleh nak gi dekat sebab salji tebal.Isk..cam mana nak bawak ni , beg lagi ,
budak2 ni lagi , dahlah jalan licin.Tapi kebimbangan aku tak lama pong.Bila
turun je jeep ramai tolong angkat barang dan nak tolong bawak budak-budak
sekali. Bukan free tau, macam biasalah..sini semuanya tips. Tulah cara orang
tempatan nak dapat duit.
Sampai je resort , ada 3 orang staff dah tunggu nak bawa beg
.Dalam hati aku , ni dah tentu kena bagi tips lagi ni. Kadang2 bila
geram bila diorang asyik mintak tips je, bagi je 20 rupee pas tu blah. Boleh sakit
jiwa dok sini bila diorang asyik mintak tips je .Tapi kalau diingat-ingatkan balik ,kelakar pun ada gak .
Lepas check in je , kami terus turun ke restoran untuk lunch. Bestttt…makanan yang tak sedap
pun jadi sedap sebab pemandangan kat luar tu memang superb. Penuh salji.. :) . Oh ya, kat sini makanan memang halal dan harga makan kat resort ni taklah mahal sangat , berpatutan . Kat
Kashmir ni tak susah nak cari makanan halal sebab hampir 80 peratus orang kat
sini ialah Islam.
Sebenarnya bila mula sampai kat sini aku rasa macam sesak
nafas je, bila tanya huby dia cakap dia pun rasa macam tu. Aku risaukan
budak-budak ni kot-kot diorang pun ada rasa macam tu, tapi aku tengok budak2 ni
happy semacam je. Tapi bila lama2 rasa sesak nafas tu hilang sendiri.
Bila dah makan , rest dan solat , kami terus turun ke bawah
untuk jumpa tour guide kitorang , Mr Marma . Oh ya bila sampai kat sini ,
seelok-eloknya kena ambil tour guide , memang dah peraturan macam tu , kalau
tak nanti korang kena follow dan paksa dan juga kena tipu nanti. Charge untuk
tour guide kat sini 600 rupee , untuk one day tour. Hari tu kitorang bayar kat dia dalam 2400
rupee dalam RM 140.Tu harga untuk tiket gondola 2 orang , harga tour , dan juga harga untuk jaga
budak-budak ni . Means, sepanjang
aktiviti diorang akan dukungla Alya n Amsyar.Besttt jugak cam tu , lagipun aku
rasa susah nak dukung budak2 ni nanti.
my lovee....
Dari resort kami
terus ke Stesen gondola untuk main ski . Sepanjang perjalanan ke stesen gondola
aku masih lagi gelakkan orang yang naik sledge tu .Tu semua kena paksa tu :(
Mr marma tu bawa
kami naik gondola sampai stage 1 ,
sebenarnya, yang aku perasan setiap pelancong yang datang ke Gulmarg ni memang
ditemani oleh tour guide tempatan.Tiket pun guide ni akan belikan untuk kita.
Masa naik gondola tu , tiba-tiba salji turun
, dan part yang best lagi cermin gondola yang aku naik tu dah pecah kat tepi, dan salji-salji yang turun tu masuk dalam gondola yang kami naik dan jatuh atas muka Alya dan Amsyar yang tidur masa tu.
Aku memang happy sangat-sangat masa ni hehehe…
gambar dari dalam gondola, agak clear sebab amik kat celah cermin yang pecah tu.
menurut guide tu , ni ialah atap rumah orang sebenarnya, masa winter diorang berpindah , bila summer diorang akan balik sini , dan masa tu kat bawah ni area ni jadi area resort untuk musim pasas, dan penuh dengan bunga2 liar dan rumput yang menghijau..mesti lawaaaa kan
Pemandangan kat bawah tu , memang penuh dengan salji . Kalau
sebelum ni aku tengok dalam gambar dan video je, kali ni aku dapat tengok
dengan mata aku sendiri. Masa tu aku bersyukur sangat-sangat sebab hajat aku
nak main salji tertunai sudah.
Bila sampai kat atas, salji makin lebat turun ,
lagilah kitorang yang jakun tak pernah merasa salji ni excited sangat-sangat. Bayangkan
kat atas tu gunung ganang penuh dengan salji , memang indah sangat ciptaan
ilahi ni .
Masa kat atas tu , kami dihampiri oleh ski guide , huby
cakap..
‘ No..no..no…., I don’t want , I will fall ‘
Dia pulak cakap . ,
' No..no.no.. u don’t worry sir , I will
teach you ..
Kat atas tu penuh dengan pelancong tengah belajar
main ski , tua , muda , budak-budak dan baby pun ada kat atas tu . So dalam hati aku , why not?? Pengalaman sekali seumur hidup.
Ni gondola nak ke stage 2. Gondola paling tinggi didunia.
Belum kitorang cakap setuju lagi dia dah dukung Alya dah berski ke bawah. Aku punyalah risau masa tu takut Alya jatuh. Apalah aku ni , dia tu kan juruski professional . Kemudian dia bawa kitorang ke bawah skit , aku tengok orang lain
main kat atas je, ni dah ok sangat ni, sbb kami ke tempat yang tak de orang.
Mula-mula dia bawak Alya dulu naik basikal ski ke apa namanya. Lepas tu turn
huby aku.. aku just tengok je sambil ambil video , hik..hik..hik.. sebenarnya , agak susah nak
main ski ni , lagi2 first timer macam kitorang ni. Dan masa kitorang belajar
main ski tu , masa tu penuh dengan gelak ketawa kitorang je, sebab asyik jatuh
terlentang je.
Aku rasa nilah pengalaman yang amat berharga dan takkan aku
lupakan sampai bila2. Dan yang paling best lagi aku disini bersama orang-orang yang amat bermakna dalam hidup aku.Dan Amsyar
pun main ski jugak hehehe…pelik je muka dia bia ski gide tu bawa dia naik
basikal ski tu.
Bila nak balik , ski guide tu minta 900 sebagai bayaran dia
ajar kitorang main ski. Tapi aku just bagi 600 je. Sebenarnya bayaran kat sini
dalam 600 , atau 500 rupee je, atau korang boleh nego lagi murah oklah.
Dan tu tak termasuk tips ya. Kat sini perkataan yang korang
akan sentiasa dengar ialah
“ Are you happy sir ?...Now you make me happy “
Time diorang
nak tips je , tulah kata2 magik yang diorang sebut. Sehari ada 10x aku dengar
ucapan keramat ni,Ishhh,,ishh,,ishhh….
Bila sampai masa nak turun.. rasa macam tak nak turun je,
nak duk atas tu lama-lama..memang tak puas tengok pemandangan pokok2 pine yang
dilitupi salji berlatar belakangkan gunung ganang yang teramat indah. Rasa
macam mimpi pun ada gak..
restoran
Kami turun dari stesen gondola dengan senyuman yang terukir
manis dibibir hehehhe..ingatkan pengalaman kelakar bila main ski tadi.Dan beberapa kali jugak aku jatuh terlentang atas salji sebab tak berhati-hati , bukan sakit tapi kelakar pulak rasanya . Honestly hari tulah , aku ngan huby asyik ketawa je sampai sakit perut.
Bila sampai je kat bawah
ada tiga orang kawan Mr Marmar sedang menunggu bersama sledge yang menjadi
mimpi ngeri aku sejak masuk ke Gulmarg ni.Wahahahaha…now,show time!!!!!!!!!
bersambung..:)
bestnya
ReplyDeleteAnum,memang best, pengalaman yang tak dapat ditukar dengan emas dan berlian..hehehe
ReplyDeletemasyaAllah seronoknya tengok...
ReplyDeletetak sabar nya nak sampai sana
harap2 guide boleh tolong handle masa kena paksa naik sledge tu sebab kami x plan nak tidur di gulmarg
kalau tak, terpaksa la naik sledge jugak..huhuhu
waaaaa boley rasa sejuk tue
ReplyDeletenasib baik now dah spring....tunggu sthn lagik sejuk balik uwaaaa
Subhanallah...cantiknye...sume pic cantik2 sgt...
ReplyDeletebestkan! tahan sejuk wa sefamily. hihi.. kat sini pun ada mcm rumah tu jugk, bila winter tuan rumah pindah, summer diorg dtg balik duduk situ. mcm kelakar pulak bila fikir. hehe..
ReplyDeletewahhh.... salji di mana2x.... seronok main salji ni....
ReplyDeleteowh yuk chan... pengalaman yg best, gambar pun cantik2... i likeee... bagus ye anak2 tahan sejuk, anak buah dtg hari tu bulan 3 sejuk spring pun dah tak tahan sian dia...
ReplyDeletewira, cerita belum abis..kena baca sampai abis k..:)
ReplyDeletehuhu...teringat bersnowboarding kt cni masa winter... tp xde sape2 ajar...sewa dan main sendiri...
ReplyDeletesubhanallah....seronoknye sis...cantik betul suasana tu...bertuah sis dpt rasai sendiri pengalaman snow di negara org.....bile laa dpt peluang pegang snow betul nie.....cantik2 sume gambar sis...terpukau lieya tgk hah....
ReplyDeletesangat teruja membacanya.. satu percutian yang amat menarik... semoga ada peluang untuk kami sekeluarga...
ReplyDeletesalam kenal Wa,
ReplyDeletex smpt baca sempat ushar gambar je..bestnya snow..
Salam Wa, wah...cantik betol gambar2 bersnow nih...Wa memang suka jalan2 time snow ye..? Sbb kebanyakan trip saya baca, semua waktu winter...
ReplyDeletewahh byk juga salji kat sana tu yer..lebih kurang mcm kat Finland ni jugalah.kat sini baru jer abis salji dah nak masuk musim bunga pula.
ReplyDeleteFnF Simple Life Kak, kat sana semua kena paksa hehehe…tapi bagus jugak , kalau tak tak merasa kan .
ReplyDeletelieyalatif , wa doakan satu hari nanti insyaalah, wa dulu pun mula dengan angan-angan jugak .
salam wa...bertahun2 x jumpa..tetiba jumpa blog wa nie..bestnyer leh jln2...x jumpa aamir khan ker...kih..kih..buku skrap rashid sdek dulu ada lg ker wa?? tringt kisah lama ler plak..hehe
ReplyDeleteFarikicha, wa boleh jalan time cuti sekolah je..so kena elak time summer, tu yang jalan cuti panjang bulan 12 je..:)
ReplyDeleteDa...laaa bestnyaaaaaaaa jumpa Da..nanti keep in touch tau.
ReplyDeletehuwaaaaaa!!! jelessssssnyaaaaaa!! dah la saya simpan hajat nak gi Kashmir...tgk gambar2 ni rasa bagai jantung dirobek2 je....huhu...
ReplyDeletep/s: salam my dear..tengs drop by my blog n following mine, dtg sini nak follow balik...
nice blog!!
wahida, insyaalah, nanti satu hari akan sampai ke kashmir tu:-)
Deletei miss kashmir so much! i hv been there back in 2007... sy kalo pi india i mmg nak repeat kashmir je.. Sis, kat sne mmg kna paksa naik sledge tu, sy ni lagi la badan comel 2 org kna tarik and tolak.. so kna byr tips lebih.. :( but kalo pk balik kesian jugak.. most of the local dpt kerja time winter je.. like seasonal job la kan... xpela... sy pun duduk di houseboat di Dal Lake, sy tanye org yg serve kami tu gaji die just 300 rupee at tht time.. kesian kan...
ReplyDeletesalam encik
ReplyDeleteade fb atau email?sy nk tye pasal tiket..sy xbrapa faham sbb baca mcm byk kena beli tiket flight..igt nak p bulan november ni..psl tiket je ni xbrapa faham.haarap dpt membantu .. :)
wsalam...saya puan..bukan eencik :) Kena beli tiket dari delhi ke srinagar . Means Tiket flight tu KL - Delhi ..dari Delhi kena ambil local flight ke Srinagar. Bagi emeil awak..nanti saya bagi no phone..saya jarang bukak email
ReplyDelete