Sambungan dari sini .
Dalam perjalanan pulang tu,sampailah kat satu tempat ni...tiba-tiba je aku terjerit..
'Waaaa lawanyaaaa'
Hubby aku tanya
'Nak berhenti ke?'
'Boleh ke abang?'
(cheewahh lembut je suaara aku walaupun kepala tengah pening sangat masa tu)
..walhal dalam hati (BERHENTIIIIIII!!!!!..pleaseeeeeeeeee)
Kalau hb aku tak berhenti masa tu..memang aku frust gilerrrla....
Sebenarnya masa tu kereta kami dah terlajak kedepan dah.Tapi sebab huby aku sayangkan aku ekekeke ( jangan marah abang..)..dia pun patah balik .
Masa tu Amsyar dah tidur.So aku ajak Alya turun..hehehe.maklumlah..nilah satu-satunya model aku.Kang nak ambik gambar selfie..tak sanggup aku nak letak kat sini hihihi. Lupa pulak apa nama tempat ni.
alamak..tak tau apa nama pokok ni..tapi sepanjang jalan..banyak sangat ..lawaaaa..
Baru je snap gambar Alya..si Aca dah melalak dalam kereta..tadi jual mahal tak nak turun hihihi..
Jakun...tak pernah tengok bunga lawa macam ni.So kami pun berposing sakan bawah pokok bunga pink ni hehehe...
Posing..posing dan posing..walau kepala tengah ting tong..:)
Tq Mr Hubby.....
Memang berbaloi singgah sini walau kepala pening.Geram betul tengok pokok bunga tu.Kawasan persekitaran pun cantik sangat.Ada kerusi tempat rehat-rehat kat situ..memang perfect.Tapi kami tak boleh berlama-lama disitu sebab cuaca makin gelap. Lepas menikmati keindahan alam, kami teruskan perjalanan pulang.
Sampai di Neerim, kami singgah lagi, cadangnya nak bawak anak-anak main kat playground. Ada palyground yang comel kat situ.Tapi masa tu hujan renyai-renyai dan Amsyar pula sedang lena tidur. Kami just pusing-pusing dan sempat lihat sunset yang sungguh indah.
Gambar blur je..sebab ambil dari dalam kereta
Ni sekolah ..kecik dan comel je
Kami teruskan perjalanan pulang..masa tu baru pukul 6 tapi cuaca dah gelap macam 7.30. Singgah petrol pump kejap , lepas tu terus balik hotel. Sampai je hotel ,anak-anak terus melompat-lompat atak katil.Budak-budak ni memang tak boleh tengok katil.Pelik sungguh !!
Kami pula terus makan nasi lemak yang dibawa untuk bekal tadi.Sedap sungguh makan nasi lemak bersama sambal bilis dan telur mata kerbau..sebab kebuluran dari pagi tadi tak makan. Alya pula macam biasa siapkan roti bakar. Alhamdulillah kenyang sekenyangnya.
Malam kami rehat je..sebab besok nak berjalan jauh.
Aktiviti malam si Aca,,sepahkan bilik.Dah pukul 1 pagi baru tidur.
wah cantik sungguh view n bunga2nya mesti puashati nikmati keindahannya...
ReplyDeleteKak paridah...memang cantik sangat2..
DeleteKak paridah...memang cantik sangat2..
Deletebestnyaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteSumpah besttt..hehehe
DeleteCanteknya.. Jeles mummy tgk sunset tu...
ReplyDeleteKan mummy julia...memng cantik sangat..
DeleteMeriah betul bunga2 tu...
ReplyDeleteKat Aussie ni walaupun banyak pekan kecil2 tapi kelengkapan semuanya cukup dan yang penting... cantik...
Betul tu Mie...memang pekan kecik2 tu lawaaa sangat2..
Deletesubhanallah..cantiknya :-))
ReplyDeleteYan...memang cantik yan...
DeleteCantikla pokok2 tu.
ReplyDeleteKan anis....memang cantikkkkk
Deletecantiknya..bunga baby pink....sekolah tu cutenya..
ReplyDeleteWarna putih pun banyak nohas..tapi yang pink lagi canntik..
Deletecantik nya spring dgn bunga2 berkembangan ..
ReplyDeleteSungguh k noor..ni first time wa travel time spring..
Deletekecik comel lote LW ni...tambah bila berdiri sebelah cik huby
ReplyDeleteNieda..hb wa memang tinggi sangat hehehe
DeleteWa...mmg cantiklah bunga tu...bukan sakura ke? mmg puas hati kan sempat ambil gambar kenangan...siapa x sayang isteri comei tu heeee
ReplyDeleteMacam sakura JM.
DeleteTak taulah nama dia kan.
Penuh dengan bunga sampai 'hilang' daun.
ReplyDeleteSungguh sisss..penuh dengan bunga je
DeleteSubhanallah dua2 view pun cantik..yg poko tu ngan sunset..untung dpt snap juga gambar n posing2
ReplyDeleteKan siss...Syukur sangat2 dapat tengok view macam ni..:)
Deletecantiknya bunga warna pink tu.. rasa teringin juga nak ke sana.. ;)
ReplyDeleteAiza...insyaallah..ada rezeki sampailah tu.
Deletenmapak bunga ingt apa lah tadi.hikhiks
ReplyDeleteperut tgh lapar mmg berselera mkn kann
Tulah siss..jakun tengok bunga kui kui kui
DeleteMemang tanda Cik Abg syg sgt kat Wa tu..sampai sanggup pusing balik and berhenti. Tp mmg worth it pun kan...sbb pemandangannya sgt cantik.
ReplyDeleteHa ah..miss mirror...memang worth it...
Deletesekali tgk mcm sakura ...cantikkkkkkkkkkk
ReplyDeletePokok tu penuh bunga sjer..
ReplyDeleteTak de daun..
Tu yg cantik..
Kalau akak pun jakun sekejap hehehe
ya Allah cantikkknyaaaa ... ungu tu terpikat.... baiknya cik abg sampai sangup berhenti...
ReplyDeleteseronok sangat kan..
Kan tie..lawa kan heheheh
Deletebunga! cantiknya bunga!
ReplyDeletesukanya! kalau saya ada sana pun menggila dibuatnya
memang cantiklah! pemandangan dia pun awesome sangat
walau empunya blog kata blur =)
sampai 1 pagi mengemas aca...banyak sungguh kerja ye? hehe
Wah, cantik la suasana kat sana tu ^-^
ReplyDeleteCantiknya...suka tengok bunga kaler pink purple macam tu
ReplyDeleteCantiknyaaaaa. Jeles tengok orang jalan-jalan tempat cantik gini. Inspiring :)
ReplyDeleteNasib berhenti. Kalau tak malam tido termimpi-mimpi nanti, hehe
Spring kan.... mmg cantik.
ReplyDeleteHihi
subhanallah..
ReplyDeletesgt2 cantikkk..
kagum dgn ciptaanNya
Cantik... Warna tudung ngn bunga tu sepadan.. cam tau tau je..
ReplyDelete