Alhamdulillah...12.12 hari tu genaplah 6 tahun anak syurga Wa..syukur pada Allah kerana
berikan kami kekuatan dan ketabahan dalam menjaga anak autism yang hyperaktif ni. Bila dia dah masuk 5 tahun hari tu..kami risau sangat2 macam manalah nanti bila Amsyar nak masuk sekolah, banyak benda -benda basic yang dia tak boleh buat. Tapi alhamdulillah bulan 10 hari tu dia dapat masuk sekolah untuk anak autism.Rasa macam kurang sikit beban sebab sekolah tu memang untuk anak-anak autism.Cuma kami terpaksa bekorban masa , tenaga dan duit jugak sebab jauh jugak nak hantar dia ke sana.Kami spend dalam Rm 1000 sebulan untuk Amsyar sorang.Kalau nak diikutkan memang tak mampu , tapi untuk Amsyar ..mak dan abah rela bekorban apa saja.
Alhamdulillah..lepas dia kat sana dua minggu , dia dah pandai cakap Thank You Teacher Dilla, Good bye teacher Dilla..hihihi..Amsyar2.. Nama mak ngan abah bilalah Amsyar nak sebut. Sekarang dah pandai salam pandang mata kita.Dulu hi5 je.
Dalam usia 6 tahun ni, Amsyar dah pandai nyanyi..selalunya dia nyanyi lagu Do a deer.. yang kelakarnya semua betul dia nanyi kecuali rangkap ke 2 tu dia tukar jadi NANANONANA :)
Kalau English ..dia dah banyak tahu dan eja..macam Shapes , Colours , Fruits , Vegetbales, Animals , Planets ..Verbs pun banyak yang dia boleh sebut dan eja.
Tapi yang paling dia lemah..bila suruh tulis.memang dia tak berapa nak fokus bila disuruh menulis.
Kalau kat rumah pun dia dah pandai main-main dengan kakak dan adik dia, tak delah asyik main sorang-sorang je.
Tapi yang kami susah nak kontrol dia bila dia suka pukul orang.Alya ngan Aca tiap-tiap hari kena pukul dan tarik rambut ngan Amsyar.Tapi dia pun selalu gak kena pukul dengan adik dia sob sob sob..harap-harap bila adik dia dah besar nanti dia fahamlah kenapa abang dia macam tu.
Lama jugak dia berdiri menatap lilin tu..perkembangan yang positif jugak untuk budak yang hyper macam dia.
Kanak-kanak riang..mula-mula happy dapat hadiah , pas tu bila dah bukak hadiah..bergaduh pulak rebut hadiah..hahaha...
Saayangggggg Amsyar :)
Alhamdulillah..tak payah jemput orang lain...mak sedara semua duduk dekat2..
Walaupun Amsyar tak pandai tiup lilin ..tapi at least lama jugak dia berdiri bila kami nyanyikan lagi birthday untuk dia hihihi.
Heppy besday untuk anak mak yang tersayang. Moga Amsyar akan jadi better person in the future, Aamin. Mak , Abah dan adik dan akak sayang Amsyar sangat-sangat.
Alhamdulillah..happy belated birthday Amsyar..
ReplyDeleteTq Nohas
DeleteAlam Keibubapaan merupakan zaman yg manis dan menjadi pusat kehidupan dlm alam anak2. Anak2 menyayangi kita sangat mendalam. Anak2 mengamit kita untuk bermain, untuk bergurau dll yg kita merasa turut terhibur bila anak2 gembira. Mrerka kadang2 memberi kebenaran kepada kita untuk kita menjadi bodoh depan mereka. Suasana yg cukup manis bagi kita. Anak2 juga memberi kita kebenaran untuk dicintai tanpa batasan. Mereka menghargai cinta kita. Hubungan yg di bina antara anak-ibubapa tidak ternilai.
ReplyDeleteWalau apa pun keadaan anak2 kita, dia adalah anugerah NYA. Dan anugerah Nya adalah amanah.
Well said Adam..
DeleteSaya suka baca tulisan Adam
Saya pun baca tulisan wa.
DeleteEntry wa yg ni saya suka sebab melebihi sifat kemanusian.
HB untuk anak Wa. Biasanya anak autisme ni memang ada rupa disebalik kekurangannya. Moga bertabah menangani kerenahnya. Baru faham kenapa Wa cakap macam susah nak jalan2!!!
ReplyDeleteTq Mie...betul tu kebanyakannya....budak autism ni hensem n lawa2 Mie
DeleteEntah kenapa kakak terharu pulak baca N3 Wa ini tau.
ReplyDeleteApa pun happy birthday Amsyar!
Hihihi...tq kak..
DeleteHepi bezday Amsyar...Alhamdullilah dah banyak perkembangan nya.
ReplyDeleteGeram pulak saya tengok keknya tu, meriah dengan coklat. Cute Amsyar ni... epi besday!
ReplyDeletehappy belated birthday amsyar...semoga terus membesar sebagai anak yg soleh dan taat kepada kedua ibu bapa aminnnn
ReplyDeleteHappy birthdayyy Amsyar
ReplyDeleteSaya pun sama mcm Kak Zakie..
ReplyDeleteTerharu dgn entry ni. Happy belated birthday Amsyar yg bijak!.
Hensem budaknya.
Kak.. Hensem anak akak. Hehehe ini lah dugaan untuk akak dan suami.. Tentu ada hikmahnya.. Yang hanya Allah yang tahu.
ReplyDeletePapepun.. Tengok Amsyar happy tentu akak dan keluarga happy juga.. Sama2 kita doakan yang terbaik untuk Amsyar..
Amsyar.. Selamat hari lahir syg..
happy belated besday amsyar .... my son pun ada nama amsyar tapi baru 3 tahun :)
ReplyDeleteHappy Belated Birthday Amsyar strong. :)
ReplyDeleteHappy belated birthday, Amsyar :)
ReplyDeleteLambatnya auntie baca ni... anyway happy belated birthday Amsyar... moga jadi anak soleh.. lama tak baca kerenah dia Wa... seronok dengar perkembangannya yang makin baik... moga Allah memberikan kebaikan berkekalan untuk anak yang hebat ini ....
ReplyDeleteHappy belated birthday, Amsyar
ReplyDeleteMAMA kena kuat ...huhu
Sorry ye syg Amsyar cz auntie baru smpt jengah sini. Auntie doakan agar Amsyar membesar dgn sihat dan jd ank yg menyenangkan semua. Alhamdulillah dh byk perkembangan positif amsyar......tumpang gembira.
ReplyDeleteSalam Perkenalan...
ReplyDeletehappy belated birthday Amsyar :)
Wa,
ReplyDeleteTak buat entry baru ke.
Penat saya tunggu.
selamat hari lahir amsyar...
ReplyDeletemeriah sgt sambutan tu..
smoga amsyar terus mbesar dgn baik serta bjaya duniakhirat..amin
selamat hari lahir amsyar.. meriahnya
ReplyDeletehappy belated birthday Amsyar. moga dikurniakan kesihatan yang baik untuk Amsyar dan dipermudah urusan dunia akhirat amin amin. sebak baca luahan hati mama amsyar :)
ReplyDelete