Lepas puas menikmati keindahan di Cape Woolamai disini , kami teruskan perjalanan, kali ni ke The Nobbies centre untuk melihat sunset. Dalam perjalanan tu..kita akan lalu satu kawasan yang amat lapang.Ha..kat sini nanti kita akan jumpa banyak kangaroo melompat-lompat kat jalan raya hihihi bestttt.Tapi tak ambik lak gambar ambil video je masa tu .
Bilalah boleh naik Campervan ni..
Memang banyak kangaroo kat sini ..ada gak binatang-binatang lain melintas..tapi tak tau apa nama binatang tu.
Sebelum sampai sini, nanti kita akan jumpa Penguin Parade dulu , tempat dimana kita boleh tengok penguin. Tapi kami tak pergi sebab rasanya tak sesuai bawa anak-anak yang tak boleh duduk diam ni.
Panjang sangat tangga ni nak turun bawah..aku turun separuh je ..letih dah nak jalan.
Lama gak kami duduk kat sini melihat sunset.Ada jugak rombongan yang datang dengan bas masa tu.Kemudian kami teruskan perjalanan, sebab dah petang, kami bercadang nak terus pulang ke hotel.Banyak lagi tempat menarik kat Philip Island ni.Tapi kami tak singgah sebab dah gelap..lagipun semua dah tutup .
Sebelum pulang ke hotel, kami singgah Coles dulu..nak beli buah strawberry.Masa nak cari Coles tu ntah macam mana tak jumpa lak.Walhal Gps tu kata kat situlah Coles.
'You have reach to your destination' hihihi..tapi mana ada Coles ?
Tapi, kami lihat kiri kanan tak ada pulak coles, masa tu rasa kelakar lak..hubby aku tunjuk kat depan tu..tulah Coles kot .Kata Alya lak, tu bukan Coles, Coles tu warna merah ,ekekeke..
Alya pun dah kenal Coles...sebab hari-hari singgah Coles.Lama jugak kami stuck kat kedai depan tu..last-last aku cakap ngan.hubby..biarlah aku masuk beli barang dalam kedai tu je.
Baru je nak.keluar,, Alya jerit...
'Mak..Abah..tulah Coles.. '
Aku ngan hubby aku pelik..mananya tak nampak pun.
'Tuuuu.....'
Rupa-rupanya dia nampak kat celah-celah pokok tu..tulisan Coles tu.Hahahaha memang tergelak sakan kami masa tu.Rupa-rupanya kat depan sikit lagi .Pelik gak GPS tu.
Coles, COWES
Dekat Coles..aku beli susu dan buah buahan je..cukuplah buat alas perut.Lepas tu kami terus pulang ke motel.Seronoknya bila dah sampai motel..tak sabar nak baring dan rehatkan badan sambil main ngan anak-anak.
Dinner malam ni cuma nasi , sambal ikan bilis, telur dadar , kari ayam Yeos dan buah-buahan, Alhamdulillah.
Ni pula aktiviti anak-anak malam ni. panjat katil turun katil dua tingkat.
Sikecik ni jakun sangat,,first time tengok katil dua tingkat..macam-macam cara dia nak cuba naik kat atas tu hihihihi
Amsyar..macam biasa..makan dan tengok kartun je .
Malam tu anak-anak tidur lewat jugak , seronok bermain dan melompat-lompat kat atas katil. Memang selesa sangat motel ni. Nanti aku buat entry pasal motel ni. Memang sesuai untuk family macam kami. Hubby tidur cepat malam ni..penat drive...fuhhh..memang jauh berjalan hari ni tapi besttttt sangat-sangat kat Philip Island ni.Besok lak nak jalan jauh lagi..
Seronoknya melihat keindahan tempat orang walaupun tekak kita tetap Malaysia... :)
ReplyDeleteBetul tu kak chik..x leh duk negara orang lama2..
Deletecantik dpt tgk sunset tu
ReplyDeleteKan siss..lawaa
Deletemmg cantikkkkk sangattttt
ReplyDeleteagk2 kalu seludup kangaroo tu bw blk boleh x? hahahahah
Hahahaha..best kalau bela kan anies..
DeleteSubahanallah.. memang cantik sungguh sunset tu Wa..
ReplyDeletePermandangan laut tu pun cantik.. memukau pandangan..
Hehehe seronok ye anak2 jumpa katil dua tingkat ni..
Main lah puas2 sayang.. elok2 jgn smpi jatuh ye :D
Macam tulah kak anak2..x leh tengok katil.
DeleteCanteknya pemandangan saujana mata memandang.
ReplyDeleteSunset juga bagai lukisan...
Kan.kak...macam.lukisan je..
DeleteSubhanallah! Cantiknya view sunset tu :)
ReplyDeleteFarah..cantik Farah..speechless jugak wa masa tu.
Deletesonoknye dapat melancong kat negara orang.
ReplyDeleteanak2 pon sonok nampaknye.. :)
Alhamdulillah Nafira..susah bawak budak2 ni berjalan sebenarnya..hihihi
DeleteWa kari ayam yeos beli kt coles ke bwk dr msia?
ReplyDeleteBawak dari Msia..hihihi..macam2 wa bawak. Penuh dua beg
Deletewoaaaah.. katil dua tingkat tu very the ohsem.. ahaha..
ReplyDeletekami pergi jugak Nobbies tapi huurm biasa-biasa saja kot rasanya..
hahaha.. okay yang Coles Cowes tu lawak.. CT lepas ke Nobbies mmg jalan ke Cowes konon
nak cari kedai makan.. tapi kedai tutup plak.. so tahu ada tempat nama Cowes.. heheh..
adus.. rindu Melbourne =')
K.wa pun sama..pelik..sebab rasanya ada seagull kat situ..
Deleteseagull burung tu kan ? tak ada ke burung masa akak pergi ?
Deletetime kami pergi ada.. lepas tu masing2 seram sbb nampak notice beware dengan ular..
cepat2 tinggal tangga cabut..
cantiknya view tempat org xrugi bertandang siap bawa bekal ya wa...
ReplyDeleteHaah kak..macam-macam bekal kami bawak hihihii
DeleteSubhanallah...cantiknye pemandangan sayup mata memandang...
ReplyDeletePemandangan dia awesome!
ReplyDeleteTak tengok penguin parade pun tak rugi rasanya. Dahlah mahal pastu tak boleh ambil gambar...
ReplyDeletesubhanallah.. memang cantik pemandangannya..
ReplyDeleteterima kasih follow.. follow di sini juga.. ;)
Bestkan kalo ada caravan... hero2 mummy suh beli, tapi tak tau la bila tahun dapat beli..hehehe
ReplyDeletesunset tu betui2 menggoda mata.. Cantik sgt!
ReplyDeletesubhanallah...terbaik lah gambar matahari terbenam tu...:-))
ReplyDeleteCantik betul pemandangannya...
ReplyDeleteSalam kenal WA...dtg dan Follow kamu juga..Tkasih dtg bloq sendu akk tu...
ReplyDeleteSunset yg sgt Indah......Subhanallah...
serius... cantik sgt view kt sana
ReplyDeleteTak pernah lagi tengok kangaroo secara live..
ReplyDeleteCantiknya sunset dan pemandangan disekeliling.
ReplyDeleteSeronok tgk kangaroo melompat lompat kan. Dulu masa kak zai pergi Perth pun dapat tengok.
Philip Island!!!! one of my dream destination huhuuh....berangan je lah
ReplyDeletecantiknyaaaaaa pemandangan dia. tenang je nampak. biasa budak2 ni memang mata dorg tajam. dari jauh lagi dah nampak kan. sedangkn kita tengah melilau mata mencari mana nya kan hihihi
ReplyDeletetq share , menarik & cantiknyer tempat ni
ReplyDeleteKalau ada RV, lagi best ^_^
ReplyDeleteSeronok kalau dapat berjalan-jalan ke negara orang ni. Lagi seronok sebab dapat bawa anak-anak berjalan! Nak cari makanan di sana susah ke, Wa? Kalau saya yang jenis makan pun memilih ni, agaknya lagilah susah tak tahu nak makan apa!
ya Rabbi.
ReplyDeletecantik nyer pemandangan, Wa.
aduhai...