Ok sambungan dari sini . Kami pilih Dandenong sebab ni je hotel paling murah kami dapat . tapi besttt sangat sebenarnya area Dandenong ni . Macam kampung,,pas tu rumah kat sini rumah sebuah-sebuah penuh pokok bunga kat laman.cantik weiiiiii...
Hotel ni huby aku yang pilih..rate kami dapat masa tu AUD 232.2 untuk 2 malam.
View dari bilik
Motel ni bersih sangat-sangat dan cukup selesa untuk kami berlima.Ada satu king bed ngan dua single bed.Semua complete..petisejuk, iron,almari besar gedabak dan ada meja makan jugak.Tapi dapur tak ada..kata huby aku ada dapur..waaaa..cam mana nak masak ni.
Since kami travel budget je..so ambik motel yang paling murah je.Tapi not badla.aku puas hati sangat duk hotel ni.Bersih,luas dan selesa..ada free wifi jugak.Cuma bilik studio ni..kat tingkat atas..terpaksalah angkat barang-barang naik tangga.Akulah tu kena angkat.Nasib baik cuaca sejuk.Dah angkat beg..baru kami bawak anak-anak naik atas.Apalagi..nampak je katil..terus jump la budak tiga orang tu.
Lega sangat bila dah dapat bilik yang selesa. So brunch hari ni..Brahim's je.Lepas tu terus rebahkan badan..bestnyaaa dapat rehat lepas perjalanan yang memenatkan.
Berlari-lari Amsyar bila ada kawasan lapang..ni kat arae motel tu.
Petang tu kami keluar sebab nak beli gloves anak-anak.Kat sini pukul 6 dan gelap dah.Pergi Coles lagi nak beli strawberry..giler murah Aud 1.50 x 3 hehehe.. Kali ni kami pusing-pusing kat area Coles tu, jumpa satu kedai jual barang-barang winter.Bila masuk je..pelik je tengok orang kat dalam tu..macam orang taiwan tapi bukan..macam orang cina pun bukan..ntahlah pelik je muka dia...Masa kat kedai ni jumpa lak monopod, kata hubby aku murah lak...yess..akhirnya dapat jugak beli monopod dengan harga murah..lagi murah dari malaysia kata hubby aku..sebab dia survey kat Kuala Selangor tu harga dalam RM 50 lebih. Aku rasa macam pelik je...tapi baguslah bolehlah kami berjimat cermat. Akhirnyaaa..dapat juga monopod.
Masa nak bayar tu hb aku bagitau yang cashier tu cakap Amsyar pecahkan pengilat kuku.Tapi aku cakap kat dia..mana ada..aku sepanjang masa pegang tangan Amsyar.Pah tu aku tanya hubby aku, dia bayar ke? Dia kata tak bayar dia terus blah je.
Kat sini banyak gak kedai makan halal.Tapi harga rata-rata AUD 11AUD 13 ..memang mahal.Boleh pokai duduk sini lama-lama.Nasib baik jugak kami bawak bekalan makanan dua beg ..ohh..syukurlah makanan semua selamat masa kat airport tu.Bayang kan kalau tak ..sekali makan RM 120..lunch..dinner dah RM 240 sehari...10 hari tak ke RM 2400..hahaha..dah tentu aku tak de duit sebanyak tu nak spend untuk makan.
Antara kedai makan halal
Lepas tu kami pusing pusing jap area Dandenong tu.Ada taman bunga depan tu..tapi malas nak gi sebab sejuuuuuukkk sangat-sangat.
Lepas pusing-pusing , kami terus balik hotel. Malam ni dinner kami simple je. Nasi , sambal ikan bilis , telur goreng , roti bakar dan strawberry.Alhamdulillah kenyang sangat-sangat.
Lepas pusing-pusing , kami terus balik hotel. Malam ni dinner kami simple je. Nasi , sambal ikan bilis , telur goreng , roti bakar dan strawberry.Alhamdulillah kenyang sangat-sangat.
Lepas makan..semua tidur keletihan.Awalnya kami tidur malam tu.Pukul 10 dah tidur sama dengan pukul 8 waktu Malaysia.Kat Malaysia paling awal pun tidur pukul 12 huhu.
Amsyar tidur lena malam tu. Memang penat bawa Amsyar kemana-mana . tapi bila time tidur dapat pandang dia..peluk cium dia..hilang semua penat dan letih. Nilah anak syurga...anugerah Allah.Moga satu hari Amsyar dapat baca catatan kenangan ni...
masyaallah cantiknya rumah..rasa macam nak tumpang jer salam 2..iya ke mana pun nak jimat kna bekal lebih atau masak sendiri kan Wa
ReplyDeleteseronok Amysar kan
Alhamdulillah nekchik..memang selesa untuk kami dan anak2..
DeletePada kakak tujuan percutian bukan nak duduk dlm hotel penginapan tapi nak makan angin. Hotel sekadar utk tempat rehat/tidur. So pilih yg murah itulah langkah bijak.
ReplyDeleteYe.. Betul tu kak zakie...hehhehe
Deletewow bestnya
ReplyDeleteHanum..bestt..sila pergi tau...
DeleteNAMPAK SELESA SGT TEMPAT PENGINAPAN YG DITEMPATI DI MELBOURNE TU...AMSYAR PUN MELELAPKAN MATANYA XSEDAR APA2 LAGI.
ReplyDeleteHeehe..bukan senang Amsyar tu nak tidur kak..
DeleteNasib baik bawa 'dapur' kalau tidak, terbang duit melayang untuk makan aje! Cantik tempat ni, pekan kecil aje ke?
ReplyDeleteAnak-anak bila tengah lena tidur, memang syahdu sangat tengok muka mereka. Rasa nak peluk cium, gomol-gomol tak mahu lepas!
Betol tu kak..kalau anak2 tak de..mesti x boleh tidoo...hehhe
DeleteBlogwalking :) Nampak selesa & affordable
ReplyDeleteSarah..cukup selesa farah...alhamdulillah.
Deleteeheheh laju kan CT datang.. tengok ada entry baru terus click..
ReplyDeletekecoh nak baca crita orang ehehe.. btw bila travel ngan family mmg blanja sikit extra..
tapi kepuasan tu ada.. jadi ada kenangan tu =)
CT lalu je dandenong ni nak ke tempat lain.. tak singgah pun..
Betul tu CT..tak sabar nak baca cerita Ct pulak..
DeleteAssalamualaikum....menyinggah sini pulak....hehehe....bestnyeeee dik dapat jalan2 kat tempat orang...sejuk pulak tu ... anak2 WA cam anak akak gak suka beno lompat atas katil....bole jadi geng...hehehe
ReplyDeleteKak..anak2 wa 24 jam melompat2..hehehe
Deletewoww... cantik nya pemandangan...:)
ReplyDeletemurah tapi bersih dan cantik untung memnag berbaloi
ReplyDeleteselamat malam ..terima kasih singgah di blog akak
ReplyDeletesesekali pi bercuti best kan..hilang segala masalah..
ReplyDeleteHa ah yan..
DeleteDah lama x bercuti hehehe
Sewa bilik dan kos makan kat sana memang tak menahan... Kalau tak bajet betul2 memang sengkek jadinya...
ReplyDeleteBerul tu PL Mie.....memang sengkek dibuatnya...
Deleteassalamualaikum cikgu
ReplyDeleteaduss...susah betul saya nak masuk blog ni
ada something tak kena, mungkin setting atau apa
saya biasa chrome, langsung tak boleh buka
ni cuba explorer baru blh
tapi tak nampak isi dalam plak sebab di blog dengan video
saya tak tahu pula kalau orang lain ada masalah sama
saya boleh screen shot kalau cikgu nak tengok
masalah yang saya experienced bila masuk blog cikgu ni
rindu nak baca celoteh cikgu ni
alamak..ye ke siss..jadi mcm mana ek...boleh ke paste sini screen shot tu..
ReplyDeleteWOWWW jenjalan ostolia..best nyeerr :)
ReplyDeletedoakan nanti saya pulak pi sana eh hehe..
btw salam perkenalan dari saya :)
Cantik betul hotel n kawasan sekitarnya..bertuahnya dapat holoday negara orang..overseas..memang makanan mahal kan..nasib byk bawak bekalan.hehe
ReplyDeleteWahh bestnya! Pemandangan pun nampak cantik je..
ReplyDeleteSalam Jumaat sis... singgah petang ..:)
ReplyDeleteSalam singgah sini....wahh...bestnya tempat tu,tengok hotelnya pun cantik dan bilik dia kemas jer...
ReplyDeleteBestnya wa...perfume murah kt c2...
ReplyDeleteNa..dok dang nok bli na..duit abih doh.. :(
ReplyDeleteMurahnya strawberry dia Wa. Area tempat saya paling murah pun 2 Dollar sebungkus.
ReplyDeletecantiknya pemandangan tu Wa, akak selalu tengok bila naik train masa gi tengok anak2 kat Uk, mcm nak suruh train tu berenti je kan geram tengok pokok dan rumput yg terjaga macam karpet tu kan
ReplyDeleteaslkan tmpat tidur selesa, kemas menepati kehendak kita sudah memadai. lgpon bkn nk ddk dlm bilik semata, kan. nk berjalan. kena bijak di situ.. hihi
ReplyDeletesaya suka strawberi.. mau brong sakn..
besarnya bilik mmg puas hati ni
ReplyDeletebestnyer..hotel ni nmpk sgt selesa
ReplyDelete