Salam aidiladha buat semua...sebenarnya ni kisah aidilfitri hari tu hehehe....tak sempat post masa raya, post masa aidiladha pun okkan....masih lagi tema raya...................
Minggu ke dua raya hari tu, adik Wa ajak beraya kat rumah dia..dan macam biasa lepas tu kami ajakla dia pula beraya kat rumah kami .So hari Sabtu tu, hubby ke sekolah sebab ada aktiviti.Pagi, rutin macam biasa, kemas rumah..dan siapkan dulu apa yang boleh untuk raikan adik dan pengasuh budak-budak ni datang beraya malam ni.Menu malam tu, simple je..nasi arab dan kek je :-). So dalam pkul 12 tu, aku dah siapkan sos dan salad untuk nasi arab, ayam pun dah siap perap.. tinggal nak kemas rumah jelah sikit2. Bila huby balik dalam pukul 1, dia tanya,,,,,
' Menu apa malam ni yang?
'Nasi arab je bang'
'Jomlah kita jemput jiran datang sekali'..
'Hah?...ishh mana sempat bang,ni dah pkul berapa dah...rumah tak kemas lagi..nak masak pun tak cukup barang..'
'Ala..sempatlah tu, jap lagi abg gi beli barang'
' …..Ishhhhhh tak boleh bamg..tak sempatttt..' aku menolak lagi hehehe
'Tapi abang dah jemput dah... ' …………kui kui kui kui..
Rasa nak terduduk jap aku.. bila dah mcm tu, aku suruh dia gi kedai cepat2..macam lipas kudung aku siapkan semula bahan2 untuk masak malam nanti.
Lepas masak terus kemas rumah..memang penat sangat2, tapi alhamdulillah , smua berjalan lancar.Jiran jiran yang dijemput semua datang kecuali satu family je yang tak dapat datang.
Absyar ...tak duduk diamm..
Amsyar..masih dalam dunia dia.. :(
Bila semua dah pulang , sekali hubby cakap, minggu depan , kita jemput kawan-kawan pula.Gulpppppp...:-)
So, minggu seterusnya kami buat satu lagi open house , kali ni untuk kawan-kawan lak,,honestly.aku tak berapa reti nak bugdet makanan..bila tanya hubby berapa ramai kawan-kawan yang dia jemput , dia cakap, tak de kot yang datang semuanya buzy..banyak open house. Memandangkan aku masak dan buat kerja sorang-sorang ..kali ni aku lebih organized sikit . 4 hari sebelum jamuan ..aku dah keluarkan semua pinggan mangkuk dan basuh siap-siap. Tiga hari sebelum , aku dah mula kemas rumah. Dua hari sebelum kemas rumah lagi hehehe...Sehari sebelum jamuan tu , aku dah buat tiga jenis desert dan kek chocolate moist.
Agar-agar santan, puding cocktail,kek chocolate moist,Dan agar agar lapis milo dan nugget untuk anak-anak.
Kek red velvet, kek mocca, mee kari,nasi arab. Pagi Sabtu tu , aku hantar Absyar kat rumah pengasuh dia , kalau tak memang tak boleh buat kerja sebab dia ni memang suka 'mengemas' kat dapur tu . So mulah kerja macam-macam kena buat sorang-sorang . Hubby lak tolong kemas mana yang patut.
Rumah dah kemas..
Kata hubby , tak ada kot kawan dia yang dapat datang sebab semua ada hal. Lagipun dia jemput kawan-kawan lelaki je. So aku pun oklah,..tak yah masak banyak-banyak sangat. Aku pun tak tau berapa orang kawan-kawan aku yang datang .
Menu masih sama lagi, nasi arab , aku masak sendiri , pencuci mulut pung masak sendiri ,cuma kali ni aku order mee kari untuk banyakkan menu.
Penat ooo buat kerja sorang-sorang :) . Tapi alhamdulillah dalam pukul satu dah siap masak dah . Dalam pukul tiga tetamu mula datang..alhamdulillah..ramai kawan-kawan aku yang datang..datang pula bawa family...adik beradik..maklumlah hujung minggu.Rasa happy sangat-sangat bila ramai kawan-kawan datang kat rumah . Walaupun first time diorang datang , tapi alhamdulillah sorang pun tak sesat .
Ohhh...yang tak bestnyaaa...tetamu aku dan tetamu husband datang serentak..yang kelakar pulak, tadi hubby kata tak ada kawan dia yang dapat datang,rupanya semua yang dia jemput datang..bawa family jugak..ada satu masa, rumah aku betul2 penuh..kesian pulak kat tetamu, memang aku tak jangka ramai sangat yang datang..berpeluh- peluh aku top up makanan...sampai ada satu masa aku naik bilik kejap..duduk atas katil dan tarik nafas , walhal masa tu tetamu ramai kat bawah...aku terpaksa, kalau tak aku boleh pengsan...:-)
Penat ooo buat kerja sorang-sorang :) . Tapi alhamdulillah dalam pukul satu dah siap masak dah . Dalam pukul tiga tetamu mula datang..alhamdulillah..ramai kawan-kawan aku yang datang..datang pula bawa family...adik beradik..maklumlah hujung minggu.Rasa happy sangat-sangat bila ramai kawan-kawan datang kat rumah . Walaupun first time diorang datang , tapi alhamdulillah sorang pun tak sesat .
Ohhh...yang tak bestnyaaa...tetamu aku dan tetamu husband datang serentak..yang kelakar pulak, tadi hubby kata tak ada kawan dia yang dapat datang,rupanya semua yang dia jemput datang..bawa family jugak..ada satu masa, rumah aku betul2 penuh..kesian pulak kat tetamu, memang aku tak jangka ramai sangat yang datang..berpeluh- peluh aku top up makanan...sampai ada satu masa aku naik bilik kejap..duduk atas katil dan tarik nafas , walhal masa tu tetamu ramai kat bawah...aku terpaksa, kalau tak aku boleh pengsan...:-)
Antara tetamu yang hadir...tak sempat nak ambil gambar, ni je yang sempat ambil.Gambar kat bawah ni pun ambil dari W'up member je..pinjam ye gambar Su.. :)
Honestly, masa tu, aku takut tak cukup makanan je sebab yang datang hampir 70 orang, aku bajet dalam 30 orang je.Tapi alhamdulillah, makanan memang cukup-cukup, nasi arab pulak tinggal lebih sikit je. Yang best kali ni kawan - kawan zaman sekolah menangah dulu datang bertandang.Masa tu rasa macam tak percaya pun ada jugak . Rasa segan pun ada gak..maklumlah ..aku dengan muka berminyak-minyak dah tu berpeluh-peluh masa diorang sampai tu ..hehehe . Happy tak terkata bila dapat berjumpa kembali. Malam pulak ada lagi tetamu datang sebab siang husband dia kerja..alhamdulillah, kata orang tetamu datang bawa rezeki kan..biarpun penat tapi seronok bila kawan-kawan bertandang kat rumah kita.
Tetamu malam..hehehe
Alhamdulillah...walaupun tanpa assistant , berjaya jugak kami berdua buat open house yang serba ringkas. Thanks banyak-banyak buat kawan-kawan yang sudi datang bertandang.
bestnya
ReplyDeletetuan rumah yg mana satu yer..hehe
ReplyDeleteKena teka la hehehe
Deleteseronok bila tetamu ramai datang bertandang kan :)
ReplyDeleteHa ah Ann... :-) betul tu
DeleteWah, menu semua best2... x pernah lagi masak sendiri nasi arab... :)
ReplyDeleteNurul... ikut je resepi kan :-)
Deletenasi arab..favourite tu..
ReplyDeletesalam wa...tq singgah my blog..sy dh folo balik..
ReplyDeletecantik umah wa..pandai masak..bertuah ur family..:-)
Tq siss
DeleteHuwaa bestnya makanan dia.ajaklah kita sekali nanti :)
ReplyDeleteFAD
Bleh2...nti wa ajak k...
DeleteAwak pun mcm kak yan..open hse kena ada group2nya..x leh jemput semua dlm satu masa..mau pecah rumah..
ReplyDeleteTulah kak..dah terbabas
Deleteamboi meriahnya raya aidilahda awak..... makanan banyaknyeeeeee.. kami kat Muar takde pun semeriah ni. makanan simple sangat
ReplyDeleteSalam aidiladha..
ReplyDeleteIgtkan buat rmh terbuka ni. Hehe.
Cantik rumah
Benda kedua nampak = Rumah cantik
ReplyDeleteBenda pertama nampak = NASIK ARAAAAAB! feveret!
Baahaha
Oh ramainya yg suka mkan nasi arab
Deleteamboi meriahnya makanan...tetamu pun ramai datang...rajinnya wa memasak yer...
ReplyDeleteNampak menyelerakan nasi Arab tu Wa....
ReplyDeleteMurah rezeki tu namanya jemput tetamu datang....Kalau okje dah kelam kelibut tu hihi
mati-mati ingat raya haji baru ni
ReplyDeleterupanya lama dah, tak apa layankan juga
menu tu nampak marvelous =)
fulammakk.. kagum! semua masak sendirik! hehehe
ReplyDeletewow..rumah cantik..open house pun meriah amat....Anyway, tq datang ke blog saya....
ReplyDeleteAmboi, nampak sedap nasi arab tu. Kecur air liur..hihi
ReplyDeleteCAYALAH.. raya haji pun buat open house. Meriah dan nampak teratur semuanya. mmg hebat lady wa sbb boleh prepare semua tu. nasi arab tu nampak sedap.. nyum.
ReplyDeleteMeriahnya. Cantik rumah & pandai masak nasi arab. Saya buat nasi arab pakai al-byte tu jer. Rajin buat open house ☺
ReplyDeletewahh..bestnya..makanan pun pelbagai... mesti tetamu puas hati... :)
ReplyDeletenasi arab sedap..every weekend mest ajak member2 pegi makan kat restoren nasi arab..huhu
ReplyDeletebagus la sis... tanpa ada asistant mampu lakukan senua dgn sndri...
ReplyDelete