Wednesday 2 April 2014

Bila ada anak 'istimewa' AKA AUTISM

            

    Sempena hari ni hari Autism sedunia, aku nak perkenalkan anak istimewa dalam hidup aku yang dah didiagnosekan autism.Khaleef Amsyar , masa kecil memang kuat menangis sampaikan kami bawa dia pergi berubat , kata makcik tu nama Khaleef ( Khalifah ) tu berat sangat ..ohhh...ye ke.??jadi dia tukarkan nama khaleef Amsyar jadikan Muzaffar Jadi bermulalah episod nama Muzaffar dar kecik sampailah sekarang ,,dan dari Muzaffar jadi pulak Mujaper :) . Tapi aku dah bagitau hubby , baik kita biasakan panggil balik nama Amsyar sebab nanti kat sekolah cikgu dan kawan-kawan mestilah panggil dia Amsyar , takut dia pelik, kat rumah panggil Muzafar , kat sekolah panggil Amsyar .
             Amsyar ni perkembangan fizikalnya sama je macam anak-anak lain..cukup aktif , kalau ditengok memang orang tak tau dia ni ada masalah.Sebenarnya , pada mulanya bila doktor cakap, dia ni ada ciri-ciri autism, aku tak kisah sangat sebab aku sendiri tak berapa faham autism tu apa sebenarnya Sebagai seorang ibu yang dah ada anak masa tu melihat perkembangan dia ,cukup berbeza dengan Alya. Aku dah mulai risau , walaupun Amsyar baru 3 tahun , tapi banyak benda yang Alya boleh buat, tapi bagi dia cukup sukar untuk dia buat. 
             Sejak dari tu aku banyak mencari info pasal autism dan banyak membaca blog ibu-ibu yang ada anak autism, tapi bukan mudah sebab selalunya aku cuma sempat baca separuh jalan sebab terlalu sedih dan bacaan tentang anak istimewa ni mesti berakhir dengan deraian air mata , dan aku baru tahu yang anak-anak autism ni rupanya dalam kategori OKU.            Ya Allah, rupanya selama ni aku dan suamiku engkau pilih untuk menjaga dan membesarkan seorang anak istimewa . Bila aku dapat tahu Amsyar ni istimewa ..lama aku menangis..bukan kerana aku sedih aku ada anak istimewa .. bukan kerana aku tak redha ..tapi satu je persoalan yang bukan je aku , tapi aku rasa semua semua ibu apa yang ada anak istimewa fikirkan… …kiranya kami tiada siapa yang akan jaga anak syurga kesayangan kami … 
        Dalam usia tiga tahun 4 bulan sekarang ni..Amsyar masih lagi.. 
- Belum boleh bercakap
- Belum tahu makan dan minum sendiri ..oh ya dia tak pernah minum air masak dan makan nasi.Tapi banyak minum susu dan makan cuma biskut dan roti je.
- Masih lagi pakai pampers. 
- Tak ada eye contact ..kalau panggil nama dia , dia buat tak tahu je..
- Tantrum – kalau sebelum ni dia jarang menangis, bila masuk umur 3 tahun ..tantrum nya dah mula dan sekarang ni makin kuat. ( Memang kena banyak bersabar ada anak istimewa ni ..)
 - Tak pandai bermain dengan kanak-kanak lain. 

                Dia ni hidup dalam dunia dia sendiri. Tapi Amsyar cukup minat dengan ABC dan Numbers.Bila tengok video..memang Abc jelah yang dia concentrate,dan aku dan hubby sebenarnya ingatkan dia ni just tengok abc tapi dia tak faham apa-apa, sampailah satu malam tu, hubby nyanyikan abc,,tiba-tiba dia sentuh keyboard dengan jarinya ikut nyanyian ABC yang abah dia nyanyikan dengan perfect, bila try numbers pun perfect dia tunjukkan ..kata huby , dia terkedu masa tu , anak autism yang dia sangka ‘kosong ‘ selama ni..rupa-rupanya belajar dalam diam. 
         Walaupun Cuma ABC dan numbers tapi aku rasa cukup bangga dah dengan Amsyar.Kemudian aku print gambar-gambar yang dia selalu tengok melalui lagu ABC , contohnya ..apple, ball , cat , dog ..dan aku susun tak ikut turutan pun..bila aku sebut , dia tunjuk semuanya dengan betul. Memang aku menangis masa tu ..aku peluk dan cium dia erat-arat masa tu. Ahhh…lain rasanya bila kita ada anak istimewa..mungkin bagi orang lain benda tu tak bermakna apa-apa, tapi bagi aku perkembangannya yang sedikit tu cukup bermakna. 
       Walaupun dia masih belum bercakap..tapi ada beberapa perkataan yang dia boleh dah sebut , contohnya No, MaMa, ABC pun dia baca dalam bahasa dia je..tapi cara dia bersungguh-sungguh nak sebut tiap huruf tu , boleh menangis kita yang melihatnya. Banyak nak tulis..tapi sedihlah pulak..isk isk isk …
      Tapi yang sebenarnya sejarah anak autism ni ramai yang genius , macam Bill Gates dan Albert Einstein. Dan buat Amsyar yang mungkin akan baca catatan mak ni..mungkin masa tu Amsyar pun dah jadi genius , dan walaupun tak , Amsyar ni amanah Allah untuk Mak dan Abah, dan mak dan Abah dah berjanji akan jaga Amsyar selagi hayat kami dikandung badan.Dan Mak dan Abah akan sayang Amsyar buat selama-lamanya ..dan mak dan abah juga akan berkorban apa jua untuk sembuhkan Amsyar , Insyallah.
     Satu malam tu..hubby tanya....
    ' Kita tak nak gi travel ke tahun ni Yang..? lama gak aku diam masa tu...pas tu aku cakapla ngan dia...
     'Bang..rasanya dua tahun ni better kita concentrate kat Amsyar , hantarlah dia mana-mana terapi yang ada dan pada masa sama kita sendiri yang kena ajar dia..kalau dia dah boleh cakap, boleh faham arahan sikit-sikit , barulah kita sambung balik travelling ngan anak-anak ' huuh...Buat Mie..sebab nilah kami dah lama tak beli tiket kapalterbang..:) 
  'Selamat Hari Autism Sedunia buat semua yang ada anak-anak Autism.'

23 comments:

  1. Replies
    1. Memang istimewa hanum...letih mengejarnya kalau bawak dia gi jalan2

      Delete
  2. Wa tak perlu risau sangat. Anak buah saya juga ada yang autism tapi dapat 5A dalam peperiksaan penilaian darjan enam. Speaking berabuk...

    Kanak2 autism ni memang pengingat orangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mie..risaula jugak kot2 dia tak pandai berdikari nanti...huhuhu , sian kat dia...:(

      Delete
  3. salam wa.. ooo ye ke.. tak pe yang penting kita, parents bangga dengan dia kan.. btw nak suggest bukak la Ros Jintanmanis. dia pon ada anak autisme dan banyak share pasal cara nak improvekan anak dia. saya pon penah jumpa anak dia, mmg lain dulu dan sekarang. dia ada amik terapi kat Kuantan 3 bulan :)

    ReplyDelete
  4. assalam, insyaALLAh pjg umur wa dan suami, boleh jaga Amsyar. btw baby autism ni dia selalu x bole predict. sgt bijak dalam sesuatu tuh. jadi anak yg baik ye Amsyar, Alya jaga adik ok :)

    ReplyDelete
  5. Wa.. yang penting ibu dan ayah dia ambil berat tentang dia...betoi tindakan wa tu kena hantar pada yang pakar.. nnt ada benda yang ibu dan ayah juga boleh belajar... dan moga Amsyar akan jadi insan hebat...

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan, syg blog walking.. terbaca kisah ni.. smoga anda sefamily tanah & kuat.. Sbgi ibu kita pasti mahu yg terbaik utk anak kita. terus kan kuat, jika anda lemah, anak anda jg lemah..
    teruskan berusaha, anak anda pasti berjaya!

    ReplyDelete
  7. di saat kita rasa, ada kekurangan & perbezaan pada anak2 kita berbanding anak2 org lain terselit kelebihan yg sangat luar biasa yg menjadikan anak kita terlalu istimewa! akak & hubby adalah insan yg terpilih utk melaksanakan amanah Allah ni. bukan utk membebankan tapi Allah tau, akak & family mampu atasinya sbb Allah takkan beban kan kita dgn dugaan lebih dari yang kita mampu kan? in shaa Allah, ganjaran buat akak & hubby tentunya ada atas kesabaran & kecekalan menjaga amsyar. moga terus berusaha demi yg terbaik buat amsyar. in shaa Allah, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan akak sekeluarga...

    ReplyDelete
  8. Bole mntak no akk x? Please sngat..sy dan wife xtau apa nk buat..mmng demi allah xtau..bntulah kami..atau akak wasap wife sy di 0122548718

    ReplyDelete
  9. Bole mntak no akk x? Please sngat..sy dan wife xtau apa nk buat..mmng demi allah xtau..bntulah kami..atau akak wasap wife sy di 0122548718

    ReplyDelete
  10. sy pun ada anak autism.hati ibubapa mana yg tak sedih anak dikategorikan sbgi oku.sebak rasa dada tgk anak org lain da boleh bcakap dgn petah.anaksndri pla masi tak holeh bcakap.urus diri sendri pun payah..tapi selagi mc bnyawa,anak tu harus dijaga dgn baik,ditatang bgi minyak yg penuh sama sperti anak lain.apepun sy bsyukur sgt masi melihat anak sy bmain dan ketawa dgn riang wlupun pada hakikatnya dia tak mengerti langsung dgn kehidupan..semoga kita yg mempunyai anak2 istimewa diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menangani sukaduka hidup dengan anak istimewa.

    ReplyDelete
  11. Assalam..saya nak tanya ibu2 kat sini yang ada anak istimewa mcm autism ni..dlm keturunan saya blm ada yg autism jd saya xpasti tanda2 nya..saya ada baby baru 4 bulan..anak sulung..normal ke bila kita sembang2 dgn dia tp dia xnak pandang kita?tp dia pandang sekeliling non stop..attract to bunyi2,warna,cahaya..susah sgt nk ajak dia smbang eye to eye..saya pnah dengar org ckp kalau xdak eye contact berkemungkinan ada autism..wlaupun msih kecil,saya rsau sgt2..bleh x ibu2 kt sini kongsi anak2 autisme ni ms baby mcm mn respons n etc?hrp sgt2 dapat jawab soalan saya ni..tksih?.

    ReplyDelete
  12. Salam..saya nak tnya ibu2 yg ada anak istimewa mcm autism ni..dlm keturunan saya blm ada lg yg autism ni jd saya xtau apa tanda2nya..saya ada baby baru 4 bulan n anak sulung..tp masalahnya bila kita smbang,ckup susah nk pandang eye to eye..dia akan tgk sekeliling non stop tp xpandang muka..tp response to ligh,sound..saya risau sbb org ckp bleh kesan autism pd baby melalui eye contact..hrp sgt2 ibu kt sini bleh kongsi pnglaman n etc..saya rsau sgt2..tkasih..

    ReplyDelete
  13. Salam..saya nak tnya ibu2 yg ada anak istimewa mcm autism ni..dlm keturunan saya blm ada lg yg autism ni jd saya xtau apa tanda2nya..saya ada baby baru 4 bulan n anak sulung..tp masalahnya bila kita smbang,ckup susah nk pandang eye to eye..

    ReplyDelete
  14. Wsalam puan...4 bulan tu masih awal lagi nak tau anak kita autism ke tak... biasanya umur 2 tahun baru ada ciri 2 dia..

    ReplyDelete
  15. Tak ada eye contact tu memang salah satu ciri autism..cuma dulu doktor pernah cakap, masa baby..budak autism nikan dia tak kisah kalau ibu dia tak ada dekat dia..means dia suka main sorang2..tak macam budak normal...bila tak nampak kelibat mak mesti dia nangis..

    ReplyDelete
  16. Salam puan.. hope keluarga puan sentiasa sihat. Anak saya, 2 tahun mcm ada symptom autism. Tapi tak sure lg sebab tk jumpa dr lg. Tapi dia memang makan biskut je hari2. Over sensitive ngan deria rasa. Saya bg makanan lain, terus dia korek balik dalam mulut. Mcm mana puan deal ngan pemakanan dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...anak saya memang tak pernah makan nasi dari kecil sampai umur 5 tahun..dia cuma minum susu.makan roti dan biskut je.Nak tanya..dia faham arahan tak ?

      Delete
    2. assalamuakaikum puan. dah lama saya cari blog puan. baru jumpa. anak saya sekarang dah 5 tahun. ada sedikit eye contact, faham sesetengah arahan yang daiky macam nak mandi bak makan. tapi rak bercakap langsung. yang tu memang kami dah start therapy utk dia. cuma saya dah tak tahu nk buat macam mana supaya dia boleh makan makanan lain. 4 tahun makan biskut hupseng dan chipsmore sahaja. macam amsyar, anak saya lum tak minum air masak. minum susu sahaja. dah try bg makanan lain. tapi rela berlapar. last2 memang kena bg jugak. cara makan biskut tu dah macam org kebulur dah..huhu..kesian pulak kat dia. amsyar sekarang macam mana? dah boleh makan makanan lain tak? hope Allah ease evrything in your life.

      Delete
    3. assalamuakaikum puan. dah lama saya cari blog puan. baru jumpa. anak saya sekarang dah 5 tahun. ada sedikit eye contact, faham sesetengah arahan yang daiky macam nak mandi bak makan. tapi rak bercakap langsung. yang tu memang kami dah start therapy utk dia. cuma saya dah tak tahu nk buat macam mana supaya dia boleh makan makanan lain. 4 tahun makan biskut hupseng dan chipsmore sahaja. macam amsyar, anak saya lum tak minum air masak. minum susu sahaja. dah try bg makanan lain. tapi rela berlapar. last2 memang kena bg jugak. cara makan biskut tu dah macam org kebulur dah..huhu..kesian pulak kat dia. amsyar sekarang macam mana? dah boleh makan makanan lain tak? hope Allah ease evrything in your life.

      Delete
  17. Slm.. sy tersentuh dgn cerita akak.. sbb anak sy pon autism tp kategori mild / ringan.. makan xd masalah.. suka main dgn kwn2.. speech delay je.

    ReplyDelete
  18. Asalamualaikum encik /puan, saya intan sofea, pelajar komunikasi dan pengajian media semester 5 di Uitm Lendu, Melaka. Saya dan rakan sekumpulan saya sedang menjalankan kajian tentang " public perception of autism on internet" . Jadi, kami memerlukan 5 orang ibubapa yang mempunyai anak autism untuk ditemu bual bagi kajian kami. Oleh itu, bolehkah kami menemu ramah encik/puan dan pihak keluarga bagi kajian kami ini? kami memohon kerjasama dari pihak encik/puan dan keluarga . terima kasih kami ucapkan kepada encik/puan dan pihak keluarga.

    ReplyDelete