Terlambat pulak nak update cerita ni..:) .
Masa tengah lunch 2 minggu selepas raya ..hubby ada tanya , bila kita nak buat makan-makan jemput jiran-jiran datang rumah.Aku cakap dengan dia, ok jugak tu..tapi kita order jelah makan, susah nak masak ada anak kecik ni. Kata dia lagi,boleh je masak sebab nak jemput jiran 1 lorong je..aku kira2 jiran selorong ada dalam 6 buah rumah , kira-kira dalam 12 orang je ..Kalau macam tu aku setujulah nak masak.
Misi kali ni nak berkenalan lebih rapat dengan jiran-jiran. Kami dah pindah dah nak masuk empat bulan, tapi kalau jumpa jiran-jiran just tegur macam tu je, tak ada masa lagi nak bersua muka lama-lama.
Memandangkan kali ni aku tak ada assistant , aku decide buat preparation cepat - cepat. Empat hari sebelum majlis, aku dah keluarkan segala peralatan yang nak digunakan, dan basuh siap-siap . Tiga hari sebelum kami dah beli barang-barang basah.
Oh ya, menu kali ni simple je , steamboat , rendang ayam, daging masak hitam , kuah kacang , kebab , fruit cocktail dan tembikai. Nampak macam banyak je, sempat ke aku nak masak sorang-sorang dengan ada budak kecik lagi tu.. hahaha.
Nasib baik kat area rumah mak mertua aku tu , ada akak katering ni , dia dah jual pes rendang dan kuah kacang . Benonya aku guna pes tu je, yang bestnya ,pes dia tu tak guna bahan pengawet . Bila dah ada pes ni jimatla masa aku sikit.
Malam sebelum majlis tu , aku dah siap perap ayam dan sayur untuk kebab juga siapkan semua mende untuk dimasak besoknya. Letihnya tuhan je yang tau, sebab bila tengah-tengah buat kerja tu , Absyar nangis , jap 2 dia nangis nak menyusu. Lambat jugak aku tidur malam tu , dalam pukul 3 pagi ,tapi at least besoknya takla aku kelam kabut.
Besoknya aku bangun awal sangat-sangat hehehe..lepas subuh dah buat preparation nak masak , lagipun masa ni sikecik tengah tido , senang sikit nak buat kerja. Hari ni pulak hb kena gi sekolah sebab ada aktiviti kat sekolah dia..adeh..kenalah aku buat kerja sorang-sorang.Tapi dia dah tolong susun kerusi dan kemas sikit-sikit kat ruang tamu tu.
Rumah masih kosong lagi..patutnya sarung kusyen tu tukar warna grey, tapi asyik tertangguh-tangguh je nak tukar :(
Si Abang yang tak reti duduk diam..asyik beralih je kerusi makan tu..:)
Kelam kabut jugak aku hari tu , nasib baik Absyar tak meragam..elok je main dengan Alya.Macam lipas kudung aku buat kerja sorang-sorang, kebab pun aku tak sempat cocok..senang-senang aku bakar macam tu je..hehehe..kelako pulak rasanya..Tapi betullahkan bila kita sibuk buat kerja, cepatnya masa berlalu sedar-sedar dah pukul 3.30 , adehhh budak-budak tak siapkan lagi, walaupun aku jemput jiran datang pukul 5 tapi pukul 4 sepatutnya kawan baik aku datang dulu..memang saja 2 jemput awal sebab bolehlah bersembang dalam masa satu jam tu..lagipun dah lama tak jumpa dia..:)
Dalam kelam kabut sambil masak sambil aku kemas dapur sebab makanan letak je kat meja makan dapur, senang aku nak kemas dan bersihkan nanti..hehehe..sebenarnya meja tu berat gile...kami tak larat nak angkat letak luar.
Dapur idaman ~ Bila pindah rumah baru ni,barulah dapat dapur idaman..ni aku design dan pilih semua material sendiri,so far aku memang puas hati sangat-sangat.Thanks to my huby :)
Menu
Dah siap kemas dapur. aku mop pulak ruang tamu..rasa macam nak patah je pinggang..hahaha..sumpah aku dah letih sangat-sangat masa tu. Siap je mop lantai..
' Assalamualaikum...
Aku intai kat tingkap..Alamakkk..kawan aku dah sampai aku belum mandi pun lagi..nasib baik budak-budak semua dah siap. Aku pesan kat Alya suruh sambut kawan aku..lagipun Alya memang rapat dengan dia..pada masa yang sama aku naik atas bersiap..memang hari ni dalam sejarahla..sebab aku berjaya buat keje sorang-sorang.Huby aku gi open house umah jiran tak balik2...nasib baik masa kawan aku datang tu, dia balik..bolehla dia layan sembang jap huhu...
My bf forever n eve..cheewahh...
Seronok sangat bila dapat jumpa kawan lama..:) Memandangkan aku memang jemput dia awal..so bolehlah borak lama-lama sebelum tetamu datang. Bila kawan aku pulang..aku tukar baju..terus settelkan lagi mana yang belum setel didapur .Rasa macam ada mende tak kena je..hahaha..ntah amende aku pung tak tau , sampailah lepas marghrib.
' Ishhhh cukup ke makanan ni bang ? aku tanyakan huby.
' Tulah macam sikit je ' dia balas
Adehhhhh....tulah, kata nak jemput satu lorong..tapi dia call punyalah ramai jiran-jiran. Bila kira-kira ada dalam 30 orang. Dari 12 orang jadi 30 orang...wahhhhhh..bala macam ni kalau tak cukup makanan , mesti glamer kitorang sampai raya tahun depan hahaha...
' Ok , kita order je kat kedai depan tu ' aku bersuara.
So kami tambah lagi menu nasi ayam goreng dan mi goreng basah.
Bila dah 8.15 tak de orang datang..kami dah gabra..ishhh takkan la tak de orang datang kot.
Dalam 8.30 ..barulah ramai jiran-jiran datang .. alhamdulillah , dapat berkenalan dan bersembang lama-lama . Ada yang aku baru kenal malam tu pun ada. Yang paling seronok, mestilah Alya sebab dapat ramai kawan. Yang penting makanan pun mengcukupi seadanya.Tapi , aku terlupa nak snap gambar tetamu malam tu sebab asyik sembang dan melayan Absyar :( .
Dalam pukul 11.30 , tetamu semua dah pulang..betul-betul aku rasa nak pengsan .Aku naik atas dan tidurkan Absyar .Dari atas aku dengarla bunyi huby aku tengah mengemas, tapi aku memnag tak larat lagi dah nak turun sampailah aku terlelap. So malam tu aku memang tidur mati dalam keletihan yang amat sangat . Besoknya bila aku turun bawah, aku tengok ruang tamu dah bersih didkemas oleh huby aku malam tadi.Nasib baikkkkk ! Tapi part aku nak mengemas dapur belum setel lagi. Aku ambik masa seminggu nak kemas dan simpan semua barang=barang ke tempat asal. Nampak je mudah..tapi penat sangattttt. Walaubagaimanapun aku happy sangat-sangat sebab dapat kenal jiran-jiran dengan lebih rapat lagi dan moga-moga ikatan silaturrahim ni berkekalan sampai bila-bila sebab aku nak duduk sini lama -lama .
------------kenapa aku rasa tulisan aku kali ni macam karangan budak spm je..:(
Wah, si abang semakin hensem sejak ada adik baru ni. Rambut ala2 Mawi gitu... hehe
ReplyDeleteBuat open house ni memang best terutama bila ramai yang datang, tapi kelam kabutnya kita je yang tahu...
He he....bukan makin hensem..tapi pakai baju apa pun dah nampak tak hensem...:)
ReplyDeletebagus la.. baru pindah buat makan2 mcm ni akan mengeratkan lagi silaturrahim..
ReplyDeletemoga ramai yg dtg.. mmbawa keberkatan dlm rumah..
btw nak respect to hubby akak.. sebab rajin mengemas.. :D hahaha..
cantiknye rumah wa... ohhh saya memang tak mampu nak buat open house buat masa ni sebab still fully bf baby...dan sama gak macam wa...takde pembantu... dulu2 kat jepun selalu buat makan2 utk geng2 chibadai... tak kira musim... raya ke, bulan puasa lagi lah... rindu suasana itu...huhu...
ReplyDeletecantiknya umah.. cantiknya dapurrr..
ReplyDelete