Monday 2 November 2015

Ayam Panggang ala Kenny Rogers



Selalunya hujung minggu alya request nak makan special.Special tu maknanya ayam bakar atau nasi arab.Tu memanag favourite dia. Antara ayam bakar yang aku selalu masak, Ayam Panggang ala Kenny Rogers. Memang sedap ayam ni.Nilah lunch kami ai merangkap dinner skali :).Resepi asal disini Amie's Little Kitchen

Resepi : Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Sumber :      HANA MEMORIES
                   SHARM1969@MYRESEPI.COM
Resepi Asal : CHE MID FP

Bahan-bahan


  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-bahan untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega


Cara-cara

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
Untuk sos pula aku guna resepi ni sos lada hitam.




Lumurkan ayam dengan rata..lumurkan juga kat bawah kulit ayam.
 Sayur ni perasakan dengan garam dan blackpaper je



Kelakar tengok Alya masa ni..chubby lak dia.
Kalau masak ayam panggang,aku masak nasi goreng sekali.Nasi goreng ni pun favourite Alya. 
Alhamdulillah

26 comments:

  1. Assalam wa ,mudah nampaknya resepi ayam panggang ni ,bolehlah kakak cuba resepi ni utk anak2 kakak bila mereka balik nnti.

    ReplyDelete
  2. Terliur tengok ayam panggang tu :)

    ReplyDelete
  3. wahhh tercium sampai kebrunei lah ayam ni wangiiiiiii lemon tu kot Wa kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. K noor....hehehehe..tapi tak leh lawan masakan k noor...k noor punya 10x lebih sedap..:)

      Delete
  4. cantik wajah baru blog wa...ayam panggang gini sat jer tinggal rangka...sdp sgt tu..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya ayam panggang yummeh

    Nk tryyyy nntii hee

    ReplyDelete
  6. tk pernah wat ayam panggang sekor camni

    ReplyDelete
  7. nyum..nyum..nampak sedap...makan cam tu jer klu KG

    ReplyDelete
  8. boleh buat ni..semua bahan memang dah ada..

    ReplyDelete
  9. nmpak sis but ni mcm senang la pulak.heehhee

    ReplyDelete
  10. Kalau macam ini gayanya usah kata Alya, auntie pun suka tau Alya
    Nasib baik kita ni jauh kalau tak auntie minta mommy awak drumstiknya satu hihi...

    ReplyDelete
  11. dah terhidu bau ayam panggang..sedap pulak tengok

    ReplyDelete
  12. Sis perap dari malam... lagi cun n mesra... sedapppppp....

    ReplyDelete
  13. Wahhh sedap ni... nak cuba.. tapi kan, Ros tak pandai nak buat ayam seekor macam ni.. mesti potong je..

    ReplyDelete
  14. sedapnya..ada lemon..KR dah kureng sedap sekarang..huhu..

    ReplyDelete
  15. mmg sedap. sayaa pernah jugak guna resepi kak amie

    selaamat hari minggu.

    ppstt:cntiknya header baru akak tu..

    ReplyDelete
  16. Pergh!! ohsemnya.. Nak sikit.. hehehe

    ReplyDelete
  17. Pernah buat ayam panggang ala KRR ni tapi rasanya resepi tu lain sikitlah. Tapi takpa, yang penting rasanya tu sedapkan.

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah.
    minta izin copy ekk nanti.
    nak try buat kat umah.
    before this aida buat ayam panggang perap simple aje :)

    ReplyDelete